JONKER WALK MELAKA DUNIA BARANGAN ANTIK DAN UNIK

Posted in 13 October, 2012
by wan_cikgumuzik

JONKER WALK MELAKA DUNIA BARANGAN ANTIK DAN UNIK | Jongker walk melaka adalah tempat yang wajib untuk dikunjungi oleh semua rakyat Malaysia? Jongker Walk yang terletak di jalan Hang Tuah terletak di negeri Melaka sangat sesuai dikunjungi siang dan malam.. Pasti menarik sebab terdapat pelbagai perkara yang unik dapat korang saksikan selain hujan manusia yg sangat lebat di sana.



Jongker Walk juga boleh dikatakan sebagai kawasan industri barangan antik dan unik.. Terdapat pelbagai kedai yang menjual barangan antik dan jarang diperolehi di mana-mana tempat. Semua barangan yang dijual adalah sangat antik dan unik sekali.
Pengunjung yang hadir tidak pernah putus siang dan malam.. Memang sangat mengkagumkan jika dilihat bagaimana negeri sekecil Melaka dapat menarik jutaan pelancong dan menjana ekonomi negeri. Kenapa negeri-negeri lain di Malaysia tidak meniru cara dan gaya pentadbiran negeri Melaka yang dijadikan sebuah negeri perlancongan?? Tampak rugi sekali tanah yang Allah SWT berikan utk kita usahakan.
Industri perlancongan yang pasti menjana konomi negeri akan berlaku sekiranya kerajaan menyediakan tempat-tempat yang menarik seperti Jongker Walk. Contoh terbaik adalah dari sudut persembahan bahan yang ingin dijadikan produk paling berkesan untuk tatapan pengunjung. Seperti contoh di Jongker Walk ialah produk yang menjadi perhatian ialah barangan antik dan unik. Pasti tiada di tempat anda.
Keperihatinan kerajaan negeri di atas permintaan rakyat Malaysia harus diambil kira untuk kemajuan ekonomi negeri dengan memberikan persembahan yang terbaik untuk imej sesebuah negeri. Contohi imej negeri Melaka yang kini tampak sangat maju dalam bidang perlancongan. Jom ramai2 kita ke Melaka..!! Pasti banyak yang menarik menanti anda,..!!!

LIKE FAN PAGE AKU KALAU SUDI....