iisshhhkkk..!! Selamat Hari Guru

Posted in 16 May, 2011
by wan_cikgumuzik

Mula2 sekali cikgu nak ucap SELAMAT HARI GURU kat semua insan2 mulia yang bergelar guru di Malaysia nih.. Walaupun cikgu dah lama meninggalkan jawatan sebagai seorang guru walaupun hanya guru sandaran, namun bahangnya masih terasa..

Begitu banyak sekali dugaan dan rintangan yang cikgu lalui. Macam-macam karenah pelajar yang cikgu temui.. Pengalaman selama 7 tahun bergelar guru, membuatkan cikgu sangat memahami tugas seorang guru..

Oleh itu.. untuk korang lebih memahami apa itu guru, baca lah puisi di bawah nih.. Khas sempena menyambut hari guru...

puisi Hari Guru

Pada bahu ini,
Yang digelarkan cikgu,

Diletakkan seribu harapan

Oleh ibu oleh bapa yang datang

Dengan wajah tersenyum anak-anak dibawa

Disandar jua
"Cikgu, anak saya tidak pandai!

Wahai cikgu tunjukkanlah dia!

Berapa ribu saya sanggup sediakan!

Cuma diharap dia mara kehadapan!

Maksudnya dalam pelajaran!
"


Cikgu dengan wajah girang
Terima tanggungan yang bukan kepalang

Harapan besar akan ditunaikan
Lalu anak-anak yang tiada dosanya

Dicalit pelbagai warna

Dicampur-aduk dengan seribu ragam

Di sekolah cikgu kata itu

Di rumah ibu kata ini

Di jalan kawan kata itu

Di dalam bas abang kata ini

Banyak kali jua TV kata sana

Warna-warna itulah bercelaru di kepalanya

Warna-warna itulah menjadikan Cikgu

kadang-kadang keliru dalam membantu

kadang-kadang membuatkan ayah keliru
Dan kepala anak menjadi satu


Lalu pada bahu ini seorang Cikgu

menyaksikan harapan yang tidak kunjung datang

memilih warna yang semakin sukar diadukan

Dan selepas habis segalanya

Jiwa raganya, semangat nuraninya

Malah dirinya diberikan untuk mendidik anak bangsanya

Dan di hari kejayaan, si ibu berkata :
"Anak saya pintar dan rajin...

Sebab itulah dia berjaya !!
"


Dan di hari kegagalan, si ibu pun berkata :

"Cikgunya malas-malas belaka...

Tidak pandai mengajar...

Lantas anak saya gagal
!!"


Tak apalah cikgu

Semua mereka itu anak-anak orang

Cikgu hanya menumpang tuah
Kiranya
Suatu masa nanti bangsa ini dapat
Bangun
Berdiri megah dengan anak watan
Dan perjuangan cikgu tidak pernah kan padam...

SUMBER PUISI : BLOG PUTERA RAJA

P/S : aku bekas seorang guru