iisshhhkkk..!! blog WANCIKGUMUZIK dihentam teruk

Posted in 19 June, 2011
by wan_cikgumuzik

YAALLAH... AMPUNILAH DOSA2KU.. AMPUNILAH DOSA2 RAKAN2KU.. AMPUNILAH DOSA SEKALIAN UMAT ISLAM DI DUNIA INI...


Hanya itu yang mampu cikgu lafazkan apabila terlihat ada bloger yang revieuw blog cikgu secara terang-terangan mempromosikan blog cikgu berkaitan entri 18sx yang cikgu keluarkan dahulu.... Tak sangka plak cikgu kena hentam selapas cikgu buat entri iisshhhkk..!! BEBELAN atau TIPS ? (bloger hentam bloger pasal TRAFIC ) tadi.. Alih2, cikgu plak kena hentam...


Terlebih dahulu cikgu ingin memohon jutaan maaf dan keampunan kerana telah melukakan hati sesetengah pihak yang kurang senang dengan entri2 cikgu yang mungkin agak mengarut dan pelik dilihat dengan memaparkan gambar2 pelik dan tak ketinggalan gambar2 18sx..
Termenung sejenak memikirkan sampai ke tahap itu beliau mengambil tindakan dan buat entri revieuw blog cikgu tanpa berselindung langsung dan dengan terang2 mengutuk dan menghina cikgu di situ.. Thanks bloger..!! Kita sama2 dapat apa yg kita buat ok.. Kau bahagian kau, aku plak bahagian aku.. Bahagian aku aku dh selesaikan dengan memadam entri aku yg jadi isu panas kau tuu.. Harap kau berpuas hati..
Memang laa terasa sangat sedih sekali blia dihentam sebegitu rupa tanpa dia menegur cikgu dan terus buat entri yang mcm tuu.. Tapi takpe.. Cikgu maafkan dia.. Dan dengan ini secara terbuka cikgu memohon maaf sekiranya bloger tersebut sangat bencikan cikgu.. Cikgu hanya insan biasa dan tak terlepas dari membuat kesilapan... 
Memang dia tak letak link ke blog cikgu konon2nya tak nak bagi backlink kat cikgu takot2 page rank cikgu meningkat.. cikgu tak kisah laa kan... Tapi dia tak sedar yang header wancikgumuzik yang dia revieuw tuu ada tertulis perkataan perkataan WANCIKGUMUZIK secara terang2 walaupon dia padam URL blog cikgu.. Secara tak langsung, ramai laa pembaca dia yang google nama wancikgumuzik nih.. (patut laa trafic aku banyak guna keyword wancikgumuzik pagi nih...)
Terubat laa sikit sedih di hati bila tgk trafic yang begitu sesak secara tiba2.. Tak pasal2 aku jadi terkenal kat Google pagi nih.. Ada baik jugak dia wat entri tuu kan?? Thanks so much kawan... 


Cikgu harap apa yg berlaku kat cikgu menjadi pedoman buat kawan2 bloger sekalian... Jangan ulangi kesilapan dan berubah lah mengikut kehendak pasaran.. Rasa mcm dh letih dok kena hentam.. Nak berehat laa sekejap... 


P/S : Harap maaf sbb cikgu tak sebut nama blog beliau dan tak letak link blog beliau atas sebab cikgu masih mempunyai akal untuk tidak menjatuhkan maruah peribadi seseorang.. Biar benda ni tamat di sini sahaja..