iisshhhkkk..!! Kesan blog bila dihentam teruk | TRAFIC

Posted in 21 June, 2011
by wan_cikgumuzik

Assalamualaikum.. Salam ukhwah dan salam satu bloger.. Seperti yang korang tahu, 19 Jun 2011 haritu blog aku dihentam teruk oleh seorang blogger. Terlebih dahulu aku nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada blogger tersebut kerana telah memperkenalkan aku kepada ramai blogger di Malaysia nih.. Secara tak langsung memberikan aku trafic yang baik pada hari tu..


Apa yang aku nak sampaikan pada entri ini bukan nak bangga dengan trafic blog aku dan bukan jugak untuk menyakitkan hati sape2 atau menyentuh hak peribadi sape2.. Cuma nak berkongsi kesan trafic kepada blog aku bila dihentam teruk.. Dan aku percaya Blog korang pon akan dapat kalau kena hentam macam aku..
klik gambar utk tumbesaran
Apa yang terjadi ialah keglemouran kita di rumah encik google bila ramai yang cari blog kita.. Buktinya ada pada gambar status keyword di atas yang cikgu print screen pada hari kejadian..
klik gambar untuk tumbesaran
Dan yang pasti sememangnya banyak trafic yang datang dari enjin carian google.. Tapi tak dapat nak menandingi tarfic yang diberi oleh globle auto surf yang aku pakai.. 
klik gambar utk tumbesaran
Hari itu jugak merupakan hari di mana aku mendapat pageview yang sangat tinggi dimana aku print screen pada keesokan harinya.. Tinggi dari hari2 kebiasaan aku berbloging nih.. 
klik gambar utk tumbesaran
Analitik di Nuffnang juga menunjukkan jumlah pageview dan uniques visitor yang tinggi. Bersyukur sangat2 sebab dapat ganjaran hasil dari hentaman.. Glemer laa sekejap aku hari tu..


Apa yang aku nak sampaikan di sini ialah kalau korang menghentam orang dalam dunia blog nih, korang bukannya untung apa2 pun.. yang untung orang yang kena hentam.. dapat trafic beribu2.. Berapa laa sangat trafic yang si penghntam dapat kalau nak dibandingkan dengan org yang kena hentam..


Tak tahu lah kot-kot si penghentam sengaja nak bagi kita glamour atau pun nak menjatuhkan maruah kita dan blog kita..  Bergantung pada niat laa kan.. Kalau tgk pada komen2 pada entri hentaman tuu, 50% menyokong beliau dan 50% tidak menyokong beliau.. 


Begitu lah kisahnya kalau Blog kita dihentam teruk dan membawa keuntungan bila dihentam.. Walau apa pun aku dh ambik tindakan memadam entri yang diisukan dalam entri hentaman tersebut untuk menjernihkan keadaan..


P/S : Kalau nak hentam org, fikir panjang2.. 
P/SS : Terungkai sudah persoalan jumlah trafic cikgu yg kawan2 dok kata tinggi sangat.. Tinggi ke macam tuu?? Aku rasa ada yang lagi tinggi kot??