iisshhhkkk..!! SEPAH MAHARAJA LAWAK | TIDAK LAYAK MENJADI JUARA?

Posted in 25 June, 2011
by wan_cikgumuzik

Syukur Alhamdulillah.. Semua teka teki telah terjawab.. KUMPULAN SEPAH menjadi juara Maharaja lawak untuk kali ini. Tetapi mengapa ada pertikaian terhadap kemenangan mereka? Keputusan undian SMS dan juri juga dipertikaikan?? Adakah benar kemenangan harus diberikan kepada kumpulan Sepah??
Adakah mereka benar-benar layak untuk menang??? Aku sebagai seorang penulis blog hanya meluahkan pendapat,


Kalau dilihat semula pada kualiti persembahan kumpulan sepah, aku berpendapat persembahan dari kumpulan JOZAN juga sangat baik dan layak juga untuk dinobatkan sebagai juara. Aku tidak menyebelahi mana2 kumpulan, tetapi hanya nak menunaikan hajat untuk mengumumkan survey yang aku jalankan secara diam2 dari entri aku yang lepas... Sebelum tuu kita tgk dulu apa kata survey..
Yaaa... Survey menunjukkan kumpulan Jozan yang menang kan?? Walaupun hanya terdapat 82 pengundi, tapi di sini dapat dirumuskan bahawasanya sememangnya survey menunjukkan kumpulan JOZAN yang sepatutnya menjadi juara Maharaja Lawak Pada tahun ini..
Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada kumpulan SEPAH sebab dinobatkan sebagai juara Maharaja lawak pada tahun ini. Kepada peminat-peminat JOZAN, korang jangan kecewa sebab dah nama pon pertandingan. Mesti ada kalah dan menangnya. 


Aku sokong sape??? Terus terang aku nak bagitau yg aku sokong JOZAN sebab lawak mereka sangat best..!! Bukan tak suka ngan kumpulan SEPAH, Kumpulan sepah pon menjadi febret aju jugak sebenarnya. Cuma mengharapkan kimpulan JOZAN menjadi juara pada tahun ini..


Sebagai kenang-kenangan, aku letak video persembahan kumpulan jozan di mana bagi aku sangat terrrbaek dan sangat berseni juga sangat menghiburkan dengan jenaka mail lambung dengan achai yang telah JOZAN persembahkan pada pertandingan akhir Maharaja Lawak 2011..




P/S : Semoga industri tanah air negara kita terus maju dan maju