CIKGU WAN MUZIK GAY | TOP RANK DI GOOGLE

Posted in 22 July, 2011
by wan_cikgumuzik

Keyword CIKGU WAN MUZIK GAY mendapat tempat paling atas dalam carian di GOOGLE dan sangat berjaya teknik SEO tersebut. Kenape berjaya dan sebab apa berjaya? Tentu ada cerita di sebalik keyword  CIKGU WAN MUZIK GAY tuu kan??

Sememangnya tak pernah ada lagi keyword yang digunakan kecuali AKU dan MAS AHMAD SAFWAN jer yang guna .. Sebab tu boleh berada di TOP RANK dalam hasil carian google atau dikenali sebagai google search.. (Kisah sebenar isu aku difitnah gay)
sila klik gambar kalau tak nampak
Hasil dari GAME SEO antara aku dan MAS, sememangnya sesuatu yang sangat positif dalam mencuba teknik2 SEO (search engine optimization) dengan menggunakan keyword CIKGU WAN MUZIK GAY tersebut. Sangat seronok bila tajuk entri kita berada di top rangking daripada 1.38 JUTA tajuk yang berkaitan di mana telah berjaya dicari oleh encik google. Ternyata hasil carian tersebut akan menjana trafic yang sangat banyak apabila berada di tempat pertama.

sila klik gambar untuk tumbesaran
Begitu jugak dengan entri aku yang bertajuk "iisshhhkkk..!! KAU MEMANG LAYAK DIGELAR PENGEMIS 20SEN" jugak menampakkan hasil kejayaan dalam penggunaan teknik SEO nih.. Dengan menggunakan keyword PENGEMIS RM 0.20 atau PENGEMIS 20SEN. Entri tersebut masih berada di page hadapan top 3 rank dalam hasil carian google daripada 1.66 JUTA tajuk yang berjaya dicari oleh encik google tuh..

Kenape ada 3 entri yang berada di situ?? Yaa.. Tempat pertama dibolot oleh SIS ELLEN dan tempat ke 2 BLOG AKU manakala di tempat ke 3 SIS ULAN yang punya... Ini merupakan saingan dalam teknik SEO yang selalu dimainkan oleh pakar2 SEO dalam dunia blog nihh.. Kenapa terjadi perbezaan tempat di atas?? Kat bawah nih jawapannya..
  1. SIS ELLEN - Guna domain dan hosting sendiri, page rank 3/10
  2. AKU - Guna hosting dan domain blogspot sajerrr, page rank 2/10
  3. SIS ULAN - Guna domain dan hosting sendiri, page rank 0/10

Tetapi sebenarnya ada jugak yang menyangkal sebab2 seperti di atas kerana penggunaan keyword yang betul dan penulisan perkataan2 tertentu yang berkaitan dengan keywords dalam entri yang betul juga boleh menyebabkan kita akan berada di top rank encik google. Kekreatifan mencari tajuk entri atau keywords adalah sangat penting.. Jangan main suka suki jerr bubuh tajuk entri..

Seronok sebenarnya bermain2 dengan SEO nih.. Macam ni lah time2 baru nak belajar kan...??

Tujuan aku syer entri nih adalah untuk bagi korang semua celik sikit mata korang bahawasanya permainan SEO nih merupakan sesuatu yang sangat menyeronokkan dalam dunia blog nih.. Banyak teknik yang perlu kita pelajari.. Dan kini aku hanya belajar teknik2 asas sahaja dalam percubaan permainan SEO nih. Apa kata korang cuba2 main teknik SEO nih ngan kawan korang ataupun korang cuba2 sendiri buat entri menggunakan keyword yang menarik.

Sekian pengenalan untuk korang mengenai SEO supaya korang paham apa itu SEO sebenarnya.. Harap korang paham lah yerr serba sedikit perkataan SEO nih.. 

Esok insyaalah aku akan buat satu SEGMEN bertajuk "AKU NAK CUBA MAIN SEO" dan segmen tuu kita pakat2 cuba buat entri untuk SEGMEN tuhh... Aku akan bg TIPS dan KEYWORD yang korang perlu guna nanti.. Kita ramai2 try dan tengok entri sape yang akan berada di TOP RANK page hadapan Encik GOOGLE ok.. (YANG PALING TOP DAPAT HADIAH)

P/S : Aku minta maaf sbb entri nih sangat panjang dan perlu banyak membaca sehingga menjulingkan mata korang.. Menimba ilmu itu sememangnya sangat susah ok..