iisshhhkkk..!! BLOGGER HATI KENTAL TAK MUDAH SENTAP

Posted in 27 July, 2011
by wan_cikgumuzik

Kekentalan hati seseorang blogger bergantung kepada cara penulisan anda. Apa yang kita perlu dikaitkan dengan perkataan BLOGGER HATI KENTAL nih?? Percaya atau tidak, semua blogger menulis dan mengarang semuanya dari hati.. Apa yang ditaip, itu lah yang terlintas dari hati. Hati berkata sendirian. Sekiranya hati tidak kental untuk menulis, maka apa yang disampaikan adalah dari perasaan.

Apa yang terjadi sekiranya menulis mengikut perasaan?? sudah semestinya perkataan atau ayat-ayat yang disampaikan adalah tidak berkualiti dan tidak akan diterima pembaca. Maka kejujuran dalam penulisan sangat penting. Tiada hipokrit dan jujur semata-mata. Pasti penulisan anda akan disukai oleh ramai pembaca setia anda.

Hati yang kental juga perlu disematkan di hati blogger supaya tidak mudah melatah di dalam apa jua situasi. Tidak hirau lah sekiranya anda berasa diri ditegur secara kasar atau secara sopan. Harus menerima teguran dengan hati terbuka dan tidak terlalu memandang negatif terhadap sesuatu teguran dan kritikan. Dalam dunia blog ini semestinya anda pernah ditegur dan dikritik atau dihentam secara keras-kerasan.

Keegoan sebenarnya mengatasi segalanya. Sekiranya hilang ego dan tidak berdendam, pasti anda akan menjadi blogger yang gembira dan sempurna. Banyak keburukan sekiranya anda mengamalkan sikap tidak boleh menerima teguran dan kritikan. Dengan perasaan marah yang berapi-api anda membidas teguran dengan menulis mengikut perasaan di samping jari dan badan menggeletar ketika menulis. Maka di waktu itu anda tidak menulis dari hati, tetapi perasaan menguasai minda anda dan mempengaruhi penulisan anda.

Harus diingat, setiap teguran bukan bermakna hendak menjatuhkan anda atau menghilangkan semangat anda untuk berblog. Cuba fikirkan sesuatu yang positif kepada setiap apa yang ditegur. Jangan cepat melenting atau naik angin. Fikir dalam-dalam teguran yang diberi. Sekiranya ingin membalas teguran, menulis lah dengan berhemah dan menulis tidak mengikut perasaan. Tenangkan fikiran dan hilangkan kemarahan baru mula menulis dengan hati yang tenang. Pasti pembaca akan menerima penulisan anda.

Sama-sama kita majukan blog kita dan menulis dengan cara kita. Yang penting JANGAN MENULIS IKUT PERASAAN. anda harus amalkan MENULIS MENGIKUT KATA HATI YANG JUJUR. Mudah sahaja kan? Penggayaan atau cara menulis adalah terpulang kepada anda kerana itu adalah anda. Menulis ikut keselesaan dan kemampuan. Jangan memaksa diri dalam penulisan. Sesungguhnya pembaca sangat peka dengan penulisan kita.

Sekian entri aku yang hipokrit dalam berbahasa....

Korang seronok ker baca entri aku mcm nih?? Enjoy ker ngan penulisan aku Yang macam nih?? Sila komen dan bagi pendapat.. Thanks reader..!!