Kekentalan hati seseorang blogger bergantung kepada cara penulisan anda. Apa yang kita perlu dikaitkan dengan perkataan BLOGGER HATI KENTAL nih?? Percaya atau tidak, semua blogger menulis dan mengarang semuanya dari hati.. Apa yang ditaip, itu lah yang terlintas dari hati. Hati berkata sendirian. Sekiranya hati tidak kental untuk menulis, maka apa yang disampaikan adalah dari perasaan.
Apa yang terjadi sekiranya menulis mengikut perasaan?? sudah semestinya perkataan atau ayat-ayat yang disampaikan adalah tidak berkualiti dan tidak akan diterima pembaca. Maka kejujuran dalam penulisan sangat penting. Tiada hipokrit dan jujur semata-mata. Pasti penulisan anda akan disukai oleh ramai pembaca setia anda.
Hati yang kental juga perlu disematkan di hati blogger supaya tidak mudah melatah di dalam apa jua situasi. Tidak hirau lah sekiranya anda berasa diri ditegur secara kasar atau secara sopan. Harus menerima teguran dengan hati terbuka dan tidak terlalu memandang negatif terhadap sesuatu teguran dan kritikan. Dalam dunia blog ini semestinya anda pernah ditegur dan dikritik atau dihentam secara keras-kerasan.
Keegoan sebenarnya mengatasi segalanya. Sekiranya hilang ego dan tidak berdendam, pasti anda akan menjadi blogger yang gembira dan sempurna. Banyak keburukan sekiranya anda mengamalkan sikap tidak boleh menerima teguran dan kritikan. Dengan perasaan marah yang berapi-api anda membidas teguran dengan menulis mengikut perasaan di samping jari dan badan menggeletar ketika menulis. Maka di waktu itu anda tidak menulis dari hati, tetapi perasaan menguasai minda anda dan mempengaruhi penulisan anda.
Harus diingat, setiap teguran bukan bermakna hendak menjatuhkan anda atau menghilangkan semangat anda untuk berblog. Cuba fikirkan sesuatu yang positif kepada setiap apa yang ditegur. Jangan cepat melenting atau naik angin. Fikir dalam-dalam teguran yang diberi. Sekiranya ingin membalas teguran, menulis lah dengan berhemah dan menulis tidak mengikut perasaan. Tenangkan fikiran dan hilangkan kemarahan baru mula menulis dengan hati yang tenang. Pasti pembaca akan menerima penulisan anda.
Sama-sama kita majukan blog kita dan menulis dengan cara kita. Yang penting JANGAN MENULIS IKUT PERASAAN. anda harus amalkan MENULIS MENGIKUT KATA HATI YANG JUJUR. Mudah sahaja kan? Penggayaan atau cara menulis adalah terpulang kepada anda kerana itu adalah anda. Menulis ikut keselesaan dan kemampuan. Jangan memaksa diri dalam penulisan. Sesungguhnya pembaca sangat peka dengan penulisan kita.
Sekian entri aku yang hipokrit dalam berbahasa....
Korang seronok ker baca entri aku mcm nih?? Enjoy ker ngan penulisan aku Yang macam nih?? Sila komen dan bagi pendapat.. Thanks reader..!!
susahnya nak hati kental.. kalau kene serang pasti aku down gila2. haha
i likeee...kadang2 kita perlu ada kalainan..kalau sentiasa ganas dan kononya brutal tu..itu yang sebenarnya hipokrit bagi aku...kerana kita diciptakan dengan sekeping hati dan segenggam perasaan....selagi kita dinamakan manusia kita tak akan statik dalam perlakuan, pertuturan waima penulisan sekalipun.
menulis dari hati ;;)
ok juga bro tulis entri macam neh...tapi kalau jiwa bro meronta-ronta tak berapa suka tulis camni..kembali seperti sedia kala..:)..aku sedia terima bro seadanya..kasar ke tak,aku dah biasa dah dengan entri camtuh..heheh
owh pasal kental...pergh...kalau aku kena serang kaw2..aku santau sorang2 melalui maya baru tau kahkahkahkah
sekali sekala kalau baca entri wan macam ni kan sejuk sikit hati pembaca walaupun wan sendiri akui dalam entri ni adalah lahir dari penulisan yg hipokrit..hehehe..
sebenarnya kan,kalau kita dah terjerumus dalam dunia blog secara sengaja atau tidak,didiklah diri kita supaya menjadi seorang yg profesional..jangan cepat melatah sekiranya kesilapan kita di dalam blog di tegur pembaca (kawan2)
Untuk menjadi seorang yg profesional ni tidak hanya termasuk golongan yg bekerjaya dan berfikiran bagus saja..blogger pun tidak terkecuali walaupun seorang blogger tu berlatar pendidikan tidak setinggi mana macam akak ni..
huhu..sekian..belajarlah mendidik diri supaya bersikap lebih matang..TIME KASIH.. :)
suka entry ni...terbaik dari cikgu...luahan perasaan dari hati yang ikhlas..terima kasih cikgu
uLan rasa inilah entry yang penuh dengan maksud yang tersirat... pandai juga cikgu nie berbunga bunga kata ya... sweet dalam menyebarkan entry berunsurkan nasihat dan semangat... terima kasih kerana perkongsian ini... This shown you're Izwan Daddy
(BOLD PERKATAAN NI |COOL| )
P/S Words may kill us.. So then we may watch out and think before cLick enter!!
betol cakap bro..terimalah setiap teguran itu kerana daripada teguran itu kita dapat meningktkan lg kita punye semgt untuk terus perbaiki apa yg patot..
hang tgk Kl gangster....aku rasa hang ni macam Jai...ganas tapi dalam hati ada taman jugak....hahahah
tulisan ang ni mmg dari hati..ehehhe
ya kadang2 kita kental dlm dunia blog ni..
apa yg ang tulis ni ada betulnya..kadang2 org tak sependapat dgn kita, tapi yg penting kita dah luahkan apa yg kita rasa.
@harrazdani
abgdani..phewww..abgdani dulu blaja amik sastera ke? ayat salu best2..takpun,org bnyk pnglmn ni..takpun..diam kat dunia realiti..tpi kat dunia blog ada cra tersendiri..takpun..suka membaca..
~~jelezz..hahahaha
kata-kata cikgu sgt menusuk kalbu pembaca. penulisan yg berbunga2. i like :) betol.. kritikan bukan menjatuhkan tetapi membangunkan sesorang itu!
Jika kita bersikap tidak mahu dengar nasihat orang, kita adalah manusia yang sombong atau bodoh sombong, kerana tidak mahu ikut nasihat orang.
Fikir-fikirkanlah …
ok penulisan ni bro..janji taip..
ada seorang blogger kritik seorang blogger terkenal ttg blogger terkenal x letak shoutbox. aku sokong pengkritik tu
dan blogger terkenal tu balas kritikan, dia x letak shoutbox sebab xnak rasa down dan ada perasaan negatif disebabkan oleh kritikan haters
x masuk akal. kalau x boleh terima kritikan, x payah blogging
@SoutulMujahid yeap.. saya ikuti kisah tuu dari mula sampai habis.. kisah otai dari blogger baru tuu,,
kadang2 kita perlu jadi 'ganas' sikit dalam penulisan untuk menegur...tetapi biarlah berhikmah...ganas yang berhikmah?...haha
dan seharusnya kita kenalah bersikap terbuka utk menerima sesuatu kritikan...dan kritikan itu juga haruslah kritikan yang membina bukannya nak menkondemkan...
nice entry cikguwan...sejuk hati bila baca...
penulisan yang dikuasai dengan perasaan selalunya dapat dilihat dan terpancar dengan kata2 yang sangt tajam... tapi kalau bisa kawal... dan tulis dengan hati yang jujur... juga akan terpancar rasa sebal dihati tapi bahasa yang dilontarkan sangat berhemah... kan cikguwan kan?...:) ok apa entri macamni... mcm cikguwan tengah bg motivasi jer...:)
@PeRmAtA bIrU itu hanya penulisan yang hipokrit semata2.. bukan berbohong dalam fakta. tetapi hipokrit dalam penggayaan penulisan..
mcm mne nak dapat status kental tu klu hari2 dpt komen negatif dri anon...grrrr~
rasa mcm nk muntah plak bila imagine kalau real abg ckp cara mcm ni...kahkahkah
@Farhan Hanif kesabaran sangat penting.. itu sahaja...
kesabaran = hati kental
Hipokrit!!!
Awak bukan diri sendiri apabila mengarang dengan sangat berbudi bahasa...
penah kena kutuk, perghhhhhhh, meresap ke tulang hitam. tapi xpe, kritikan membina :)
@simanis taw xper ok..
macam baca entry aku sendiri plak.entry cumi dan ciki..rasa macam salah masuk blog :)
#hehe kengkadang kena gak mempelbagaikan corak penulisan.Kan bahasa itu indah :)
sila kritik blog saya ...:)
blogger hati baik xkan sentap ...haha
excellence!
ikut mood dan keaadaan semasa,
dan kematangan owner blog
dan jenis blog tu
dan misi blog tu :)
kalau OK je dengan gaya penulisan macam ni..teruskan je..kalau tak biasa..macam biasa pon OK..(^^,)
hati jadi kental sebb selalu kena sental sampai berpintal2 :)
rasa macam ayat cikgu ngajar BM plak...haha...tp sy akan semat di hati entri ni..blogger kena berjiwa kental!yeay!hiks :p
jangan hipokrit dalam penulisan..
cikgu memang berhati kental..
cayeeelah
wah veri kool my intestine cik kuntum baca entri neh cam tak caye je cikgu wan nulis nye..tehehe sabojelah cik kuntum pun mmg selalu kena hentam bila menulis puisi sampai dorg cakap berangan nak masok syurga lah apa lah pelik benar cik kuntum sedangkan menulis puisi tu hasil hayalan ada ke patut dicakapnya cik kuntum ni cam confident masuk syurga...kalau hati ni fragile mau aje cik kuntum attack balik tehehe
wo sape kah gerangan orang tu cikgu??takleh dikritik la pulak.die fikir die retis sebabtu lah die camtu.