iisshhhkkk..!! CIKGU WAN ARTIS SEBENARNYA | KISAH SILAM

Posted in 13 July, 2011
by wan_cikgumuzik

CIKGU WAN ARTIS?? Biar betik..!! Hahahahaha.... Retissss woooo... Aku rasa mesti ada di kalangan kawan2 blog aku pernah tahu kisah aku dengan band bernama METRONOME seperti mana aku keluarkan satu masa dahulu kan???  Kat sini satu lagi aku nak dedahkan video aku dan band aku dahulu.. Video nih diambil pada tahun 2007 dan diuploadkan ke you tube pada tahun 2008. Time nih gua memang rock habis beb..!! Jiwang2 tak main ok..!! Layan rock sampai tua laa konon..!! Hahahaha.


Kat bawah nih aku nak sajikan kat korang lagu ciptaan sendiri dari aku dan budak2 band aku.. Nak tahu yang mana satu aku, tuu ha a yang pakai singlet LOUDNESS warna merah putih dan main gitar warna merah tuu.. Hahahhaa.. Layan lahh..!! (Dah tak berapa hari dah band Loudness nak wat konsert kat KL nih)




Rock tak aku?? rock tak aku?? terkinja-kinja macam beruk daa.. Hahaha.. Sebenarnya aku malu nk publish kat korang video nih.. Tapi saja ja nk korang lebih mengenali aku dan jiwa aku yang sentimental nih... Hahahaha.. Lagipun aku sangat merindui saat2 nih.. Memang heppy bagai artis popular dah.. (pssss.. penyanyi tuu Aweera OIAM tuu) Kikikikiki....


Video di atas ketika pertandingan Battle Of The Band ROTTW tahun 2007 di mana band di mana kami telah menjadi juara zon Utara dan mewakili zon datang berentap di Salah satu kelab golf di rawang iaitu di Perangsang Golf Club.. Tapi kami tewas sebab banyak lagi band2 yang power termasuklah Aisunam dengan lagu org jawa tak makan tempe dan banyak lagi band2 yang handal.. 


P/S : Harap korang enjoy ngan video di atas..