iisshhhkkk..!! ISU SHOUTBOX | jejak kau tidak dibalas

Posted in 12 July, 2011
by wan_cikgumuzik

SHOUTBOX adalah sangat penting kepada kaki-kaki BLOGWALKING yang tegar.. APA ITU SHOUTBOX?? Kencinggg la kalau korang tataw kan?? Hahahahha... Tapi aku pon tataw sebenarnya... start main blog bulan January, pastu bulan Mac baru kenai SHOUTBOX.. Hahahaha.. Tu pon sebab bekas anak murid aku yang bagitaw aku dan ajar aku... Trok kan??


Bila sebut pasal SHOUTBOX nih kan, banyak cerita yang pahit dan manisnya bila layan benda alah nih kan?? Dalam kita tak sedar, masih ramai yang TAK TAHU nak guna benda alah nih dengan betul kan?? Maka, pelbagai2 masalah yang akan timbul.. Ada jugak yang letak URL iklan laa.. URL fb fan page lah.. dan banyak lagi perkara2 yang kadang2 melucukan dan menyakitkan hati.. Kah kah kah..


Ok hari nih aku nak syer satu jenis kesalahan yang sering dilakukan oleh para2 blogger samada yang baru atau yang lama.. Kesalahannya ialah MELETAKKAN URL/ALAMAT blog yang salah pada ruangan website ataupun laman web pada kotak jerit tuhh.. Maka kalau salah, ini lah yang akan terjadi..
Tentu ramai yang dapat benda nih bila nak balas jejak kan??? Kadang2 kesian pon ada jugak kalau tak dibalas.. Dan terus pangkah page tuu kann? Tapi sebenarnya masih boleh dibalas kalau naik yang nih.. Cuma buang yang www5.shoutmix.com/www tuu jer.. Dan tinggal nama NAMABLOG.blogspot.com.. Pastu klik enter then boleh laa balas jejak dia..  
Tapi kalau nak balas jejak, naik mcm nih.. Apa cer?? Memang sah2 laa tak leh nak balas jejak kan?? Kesian laa kat kawan kita tu sbb kalau dari blog kita dah tak boleh nak balas jejak dia, apa lagi di blog2 yang lain kan?? Maka, terasa lah oleh si pesalah letak URL nih org tak balas jejak dia.. SEDEY..!


CARA-CARA SUPAYA KORANG TAK BUAT KESILAPAN DI ATAS.


Korang nampak kan pada bahagian yang dipetakkan tuu kan??? Sememangnya kesalahan datang dari situ.. Maka kena laa letakkan URL/alamat blog korang dengan betul.. Macam mana nak letak dengan betul??? Jawapannya senang sahaja.. Rujuk gambar di bawah..
Korang nampak tak petak yang ditunjukkan oleh anak panah di atas?? Nampak kan..? RIGHT CLICK kat dalam ruangan tuu pastu CTRL C atau copy URL/alamat blog korang yang ada kat situ. Lepas tu korang paste atau CTRL V kat ruangan website/laman web pada shoutbox tuu.. Korang boleh pilih samada nk org datang terus ke entri korang atau datang ke page utama blog korang.. Tgk contoh kat bawah nih..


Contoh URL kalau nk datang ke entri korang.
http://wancikgumuzik.blogspot.com/2011/07/iisshhhkkk-apa-itu-iframe-penerangan.html


Contoh URL kalau nak org datang ke page utama blog korang.
http://wancikgumuzik.blogspot.com/


Senang kan??? So selamat mencuba semua,, Happy blogging.. Happy blogwalking dan gembirakan hati kawan2 korang.. Selamat mencuba...


P/S : Tutorial ini utk pengguana SHOUTBOX yang berjenama SHOUTMIX sahaja ok.. Shoutbox jenama lain lebih kurang laa jugak cara guna dia...


P/SS : Sila copy entri ini kalau nak syer dengan kawan2 korang.. Aku tak kisah kalau nak copycat benda2 yang berguna mcm nih ok..!!


TAGS : SHOUTBOX, SALAH TULIS URL SHOUTBOX, CARA MEMASUKKAN URL DALAM SHOUTBOX, ISU TENTANG SHOUTBOX, SHOUTBOX UNTUK BLOGGER, KEPENTINGAN SHOUTBOX, SHOUTBOX UNTUK BLOGWALKING, SHOUTBOX UNTUK BLOG,