iisshhhkkk..!! PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 | Isi kandungan memorandum untuk SULTAN

Posted in 04 July, 2011
by wan_cikgumuzik

Assalamualaikum, salam hormat dan salam satu blogger. Berkaitan mengenai berita berkenaan dengan PERHIMPUNAN BERSIH yang akan diadakan pada 9 Julai 2011, ianya sedikit sebanyak mencetuskan sedikit kekecohan di atas pelbagai provokasi dan pelbagai andaian yang negatif dan pisitif.



Di sini aku mendapat satu sumber di mana tujuan PERHIMPUNAN BERSIH ini diadakan untuk menyerahkan MEMORANDUM kepada Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Berikut adalah isi-isi memorandum yang ingin disampaikan oleh mereka. 




Senarai 8 tuntutan BERSIH.

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

Berikut adalah antara 8 isi kandungan yang terdapat pada memorandum tersebut. Tetapi di sini aku nak mengingatkan bahawasanya aku tak memberi jaminan dan pengesahan yang isi memorandum ini adalah benar atau tidak kerana aku mendapat maklumat isi memorandum ini melalui salah satu komen pada entri di
MALAYSIAKINI.COM daripada salah seorang ahli perhimpunan bersih. 

aku hanya sekadar ingin korang tahu jerr apa isi memorandum yang hendak disampaikan kepada sultan. Nak percaya atau tidak, terserah kat korang. Sape2 yang lebih mengetahui tentang ini, sila bagi komen.. Terima kasih...

PEACE NO WAR..!!