iisshhhkkk..!! RANGKING ALEXA | Naik guna cara kotor

Posted in 09 July, 2011
by wan_cikgumuzik

RANGKING ALEXA menjadi perbualan sejak ujudnya RANGKING 40 BLOG MELAYU dalam Malaysia nih.. Pelbagai isu yang dapat aku jumpak berkaitan dengan kenaikan blogger2 baru yang berada di dalam RANGKING 40 nih.. Pelbagai cerita kita akan jumpak kalau kita ikuti perkembangan entri berkaitan kenaikan kenaikan blogger2 baru ni.. Ada dihentam.. Ada dilabel sebagai blog sampah, Ada dipuji dan ada yang dibiarkan tanpa kata2.. 


Aku terpanggil untuk buat entri nih bila seorang rakan blogger aku yang selalu klik iklan blog aku pagi2 iaitu SIS ELLEN di mana beliau telah komen kat entri aku mengenai kenaikan blog aku yang berada di dalam rangking 40 blogger melayu di malaysia yang lepas. Komen beliau seperti berikut.
Bukan terasa atau tersentap dengan ayat beliau sebab aku kenal sis Ellen memang rakan blog sejati aku yang selalu DATANG MELAWAT BLOG AKU dan sangat2 sporting sampai sanggup nak hantar hadiah kat aku walaupun beliau duduk jauhhh nun di pulau borneo sana bhaa.. Thanks sis..! 


Apa yang aku nk cerita supaya kawan2 semua paham apa itu iframe dan sofware2 yang ditulis dan dimaksudkan oleh sis ulan di atas. Dimana benda2 nih sangat mempengaruhi trafic dan rangking blog korang di alexa.
Terdapat juga perkhidmatan yang menjual benda nih.. Tapi yang aku pelajari, iframe trafic nih memang tak boleh digunapakai sebab akan merosakkan rangking di Alexa dan jugak akan menjadi penyebab blog kita akan disenarai hitam oleh syarikat2 pengiklanan. maka dengan itu, hilang lah mata pencarian blog korang kan... Jawabnya, JANGAN GUNA ok..
Terdapat jugak sofware yang dijual bagi tujuan blogwalking iaitu menggunakan software auta auto blogwalking. Benda nih kalau korang pakai memang trafic baeek punya sebab kawan2 korang akan balas jejak korang tuu.. Tapi lama2 korang pasti akan kantoi.. Bila dah kantoi, sape nak balas jejak korang kan??


Mcm mana boleh kantoi, korang fikir laa sendiri kalau ayat dah sama kat beratus2 blog yang dia auto blogwalking kan?? Pegi mana pon jumpak ayat yang sama hari2.. kalau copy paste pon kita mesti akan guna ayat lain keesokan harinya kan? Fikir lah sendiri.. Lepas tu plak kita boleh check kat statistik pengunjung kita yang akan kelihatan ganjil dari biasa. Nanti aku ulas dalam entri pasal auto blogwalking ok..


Jadi untuk meningkatkan trfaric blog dengan berhemah, JANGAN guna sofware2 di atas kerana ianya akan menyebabkan rangking Alexa korang akan jatuh merudum nanti.. Macam mana rangking aku boleh berada di kedudukan top 40 blog melayu kat Malaysia nih adalah dengan usaha aku sendiri di mana aku rajin BLOGWALKING dan cuba2 dengan menghasilkan entri2 yang berbaur SEO. Tak ada laa SEO sangat.. Tapi Alhamdulillah laa sebab banyak jugak trafic yang aku dapat dari encik google dan banyak jugak tajuk2 entri aku berada di muka hadapan kat page encik google tuu..


(SILA OPEN NEW TAB)




Nak tahu apa itu auto blogwalking?? Nantikan entri aku yang akan datang ok.. Insyaalah aku akan buat nanti.. 

P/S : Entri2 aku kebanyakan aku buat khas untuk newbie2 yang macam aku nih.. Kih kih kih...