iisshhhkkk..!! TUKAR LINK KEPALA HOTAK KAU..!!

Posted in 27 July, 2011
by wan_cikgumuzik

Korang rimas tak ngan puak2 yang selalu datang ke blog kita dan ajak tukar link?? "Jom TUKAR LINK jom".. Diaorang tahu kerr fungsi nak ajak TUKAR LINK tuhh?? Ke saja2 nak link blog dia ada kat dalam blog kita?? Ke sebab nak menaikkan pagerank?? Banyak yang aku fikirkan.. 


Cerita hari ni merujuk kepada link exchange untuk bloglist.. Bukan banner blog, link perkataan atau pun link exchange automatik yang kita hanya perlu masukkan nama dan url kat sejenis widget khas dalam sesebuah blog ok.. 


Terus terang aku sangat rimas dengan ayat "jom kita tukar link" tuhh ok.. Bukan aku sombong ok.. Aku cuma akan letakkan link blog2 yang aku suka lawati jerr kat bloglist aku tuhh.. Dan  aku akan letak jugak blog list utk kawan2 yang rapat ngan aku sahaja.. Bayangkan kau tuhh aku kenal pon tidak, 1st time datang blog aku, ajak tukar link? APAKAH??? Grrrrrr~~ Tak boleh belah ok...!!
Bayangka dia blogwalking hanya sekadar ajak orang tukar link dengan dia.. Tak ke pelik mcm tuhh?? Org dah laa tak kenal kau.. tetiba jerr ajak tukar link.. Apa  kata kau study dulu apa fungsi link exchange tuhh selain nak menaikkan page rank blog kau.. Kebanyakkan puak2 yang menggila ajak tukar link nih bukannya nak letak blog list tuu kat sidebar blog dia.. SANGGUP DIA BUKAK SATU BLOG KHAS untuk himpunan bloglist dia.. Apa kes beb??? Sape yang nk pi tgk blog khas kau yang penuh ngan bloglist org tuhh?
ADIL ker pertukaran link yang kau ajak tuhh?? Link kau ada di sidebar blog aku, link aku plak ada kat dalam blog khas kau.. Sape yang nak tengok BLOG KHAS kau tuu eek?? Kau sorang jerr yg dok layan blog tuu kan?? KAU SANGAT TAK ADIL sebab link blog kau boleh dilihat oleh pengunjung blog aku sbb ada di side bar blog aku ok..!! Sedap laa kau kan?? Kawan2 aku bleh terjah kau.. Abis kawan2 kau ada terjah blog aku?? HENTIKAN laa keje bodoh kau tuu ok.. Kau tak mendatangkan pekdah laa kat pasangan tukaran link kau tuu ok.. Aku tahu laa ramai yang dah terkena ngan kerja2 bodoh kau tuhh ok..


Aku harap puak2 yang asyik ajak tukar link tuhh BERFIKIR laa sikit.. Ada pernah kau terfikir tentang kualiti blog kau?? Kau ajak tukar dengan blog2 yang berkualiti tinggi dan ramai pengunjung.. Blog kau plak seminggu sekali baru nak update entri.. Pengunjung kau 100 org jerr sehari.. ADIL ker situasi tuu?? win to win kerr situasi tu?? Aku rasa ramai yang boleh berfikir kan?? Sebab tuu aku nak cakap AKU RIMAS dengan kata2 "jom kita tukar link" tuu ok.. Bukan nak berlagak sombong aku cakap mcm tuu.. Tapi cuma nak kau FIKIR.. Apa perasaan serba salah yang aku hadapi bila kau ajak tukar link ok..
Apa kata kau BINA BLOG kau dulu bagi berjaya dan maju.. Time tuu kau tak payah nak susah2 ajak org tukar link dah.. kompom2 org akan amik link blog kau dan letak kat sidebar blog kalau org suka blog kau ok.. AKU CABAR KAU AJAK BEN ASHAARI TUKAR LINK NGAN KAU.. ADA BRAN???


Kesimpulan kepada bebelan aku di atas ialah korang perlu lebih bersemangat untuk memperbaiki kualiti blog korang.. Pastikan ada orang suka blog kau.. org suka datang ke blog kau.. Tindakan mengajak blogger menukar link di awal pembukaan blog kau bukan satu tindakan yang bagus sebab kau akan membuatkan ramai blogger rimas dengan pelawaan kau tuhh.. Last2 apa yang kau dapat, org meluat ngan kau ok..


P/S : Arini aku marah sape plak eek? Yang pastinya aku tak tuju kat sape2 kisah di atas.. Sekadar berkongsi nasib yang kawan2 aku lalui dan pengalaman2 yang aku lalui...


TAGS : TUKARAN LINK, MENUKAR LINK SECARA TIDAK ADIL, PERTUKARAN LINK TAK ADIL, TUKAR LINK MENINGKATKAN PAGERANK, TUKARAN LINK YANG BERKUALITI, BLOGGER AJAK TUKAR LINK, TUKAR LINK DENGAN BLOG, PENUKARAN LINK BLOG,