BLOGSPOT VS WORDPRESS | APA KESS BRO??

Posted in 10 August, 2011
by wan_cikgumuzik

Hah..!! Apa kes plak cikgu nihh?? Gado lagi kaa? Hahahaha.. Buang masa beb nak gado2 buat entri emo maki2 dan carut2 tuhh.. mentaliti down beb.. Jangan jadi looser laa.. Kah kah kah kah.. Ok ok.. Berbalik kepada tajuk.. BLOGSPOT VS WORDPRESS nihh.. Apa isu yang aku nak bangkitkan nih?? Haaa... Aku cuma nak tahu pendapat korang jerr..

Kedua-dua hosting nih ada kelebihan masing2 kan?? tak ada yang kurang, tak ada yang lebih walaupon perbezaan dot com dengan dot blogspot kan?? Betul kerr tak ada perbezaan? Aku rasa aku dah buktikan sebab aku sebagai pengguna blogspot berjaya jugak mencapai trafic yang berkualiti dan berjaya duduk di dalam top Rangking blogger malaysia walaupon aku tak femes... 
Aku ada jugak buat kajian tentang penggunaan kedua-dua hosting nihh.. Sememangnya wordpress jauh lebih bagus dengan pelbagai fungsi dan plug in hebat2 belaka sebab berbayar kan kalau nak dibandingkan dengan blogspot yang FOC nih.. Tapi aku rasa macam bila pakai wordpress nihh mcm dah tak mesra kawan laa plak.. Korang tengok sendiri laa kebanyakan kawan2 korang yang berpindah ke wordpress tuu.. Banyak yang dah berubah kan?? Entri dan bahasa penyampaian dah tak seperti dulu.. 
Entri nak SEO belaka.. Tak ada dah entri2 yang dapat menjalinkan persahabatan atau entri2 mengumpat, mengata dan mengorat seperti yang korang selalu jumpak kan? Dah tak ada lagi design2 blog yang penuh dengan persahabatan mcm pengguna2 blogspot kan.. Boleh dikatakan 99% entri pengguna wordpress nih hanya entri info, berita, dan maklumat2 terkini dangan tajuk2 SEO mereka.
Aku tak kisah dengan entri2 yang SEO nih.. Boleh jugak membaca tanpa membeli surat khabar kan.. Tapi aku bertanya kepada diri aku.. ADAKAH KALAU AKU TUKAR HOSTING aku jugak akan buat entri2 SEO yang tak mesra dengan korang2 semua?? Aku dah tak jadi mcm cikguwan yang korang kenal selama ini?? Aku sendiri dah hilang arah bila fikirkan benda nih.. Tak tahu nak pilih sama ada nak beralih ke wordpress ataupun nak setia dengan blogspot..
Agak2 korang, Masih ada ke pembaca setia aku yang akan datang menyapa aku macam sekarang kalau aku layan entri2 SEO nih?? Hurmmmm... Terasa sedih plak aku bila fikirkan semua nihh.. Memang aku sangat teruja nk tukar hosting nihh.. Tapi aku tak  tahu kot2 aku berubah selepas tukar hosting... Aku dah tak jadi wancikgumuzik dah.. Berubah menjadi wancikguberita plak.. Tapi tak pe kot?? Hahahaha.. Boleh jugak kot aku keluarkan entri2 mcm sekarang kan?? Maknanya blog aku masih still personal blog dan bukan blog yang berniche kan..
Penat aku berfikir wahai sahabat2ku.. Tolong lah daku.. Tolong lah bagi sepatah dua kata kat ruangan komen nihh.. Apa yang harus aku buat.. Mungkin dengan komen2 anda dapat memberi jawapan atau keputusan yang harus aku buat.. Serabut nihh..!! Adehh.. tetiba emo plak aku kan?? So?? Apa pendapat korang? Nak aku tukar wordpres kerr nak aku still dengan blogspot?? Bagi cadangan please..!!

P/S : Bantuan anda sangat diperlukan....

LIKE FAN PAGE AKU KALAU NAK..


TAGS : BERTUKAR HOSTING, TUKAR HOSTING BLOGSPOT KE WORDPRES, HOSTING BLOGSPOT ATAU WORDPRESS LEBIH BAGUS, KEHEBATAN MENGGUNAKAN WORDPRESS, KEHEBATAN MENGGUNA BLOGSPOT, HOSTING WORDPRESS DAN BLOGSPOT,