iisshhhkkk..!! DAH JADI TOP BLOGGER KAU KENA BONGKAK??

Posted in 02 August, 2011
by wan_cikgumuzik

Seronok pulak aku nak bercerita pasal top blogger nih kan?? Selalu jerr menjadi perhatian top2 blogger yang lain dan mereka2 yang baru nak masuk ke alam top blogger nihh... Masing2 saling ushar mengushar.. Masing2 jadi silent reader.. Stalk blog kawan2 seangkatan.. Kah kah kah.. Apa yang aku tulis nih?? Macam ni lah.. aku nak syer laa perasaan aku yang dah merasa duduk kat top blogger nih.. Korang rasa aku seronok tak?? 


Jujur aku nak bagitaw korang, AKU TAK SERONOK ok.. Kenape aku tak seronok?? Meh sini aku nak bagi point by point.

  • Ada jerr yang nak berdengki dengan aku...
  • Dulu bahasa aku kesat, Xde sape nak amik kisah.. Skang dah ada yang berbunyi dan komplen bahasa aku tuu nampak sombong dan bongkak.
  • Dulu tak ada pembenci blog aku.. Tapi sekarang dah ada pembenci korang taw..
  • Dulu aku bebas nak menyuarakan pendapat Tanpa dipedulikan sape2.. Sekarang bagi pendapat jer, ada yang mula kata korang semua nak kena dengar cakap aku..
  • Dulu aku gembira berblog sebab aku sebaris ngan blogger2 biasa yang di rangking bawah2.. Tapi sekarang kegembiraan tuu bagai dah hilang sebab hasutan2 orang yang membenci aku.
  • Dulu pendapat aku dikongsi bersama2.. Tapi kini dah ada tak nak berkongsi pendapat ngan aku sebab hasutan orang2 yang konon2 meluat ngan bahasa aku..
  • Dulu tak ada sape nak tikam aku dari belakang.. Tapi sekarang dah ada nak tikam aku dari belakang.. Dah la tikam.. Siap sepak2 plak tuhh
  • Dulu org bercakap ngan aku tak ada nak sindir2.. Sekarang asyik nak menyindir jerr...
Korang rasa Aku seronok kerr Macam tuu?? haha.. Siriuss tak seronok beb.. Aku berblog nak gembirakan kawan2 aku.. Nak orang happy dengan entri2 aku.. Tapi bila munculnya pembenci, Macam2 entri yang keluar mengenai top blogger kan?? Padahal hakikatnya AKU SANGAT TAK SERONOK SEKARANG. aku juga sangat TAK SELESA dengan entri2 mengenai TOP BLOGGR nih.. Gila TOP kerr ape eek??
Sila ambil perhatian...!! Cuba korang fikirkan.. Rangking bukan segala2nya.. Itu cuma ukuran trafic jerr yang membezakan kedudukan.. Cuba ukur dari kualiti entri ataupun pengisian entri.. Rasanya banyak lagi blogger yang tak masuk dalam rangking aku tengok entri2 mereka sangat berkualiti dan sangat berilmu.. So? tak perlu laa nak ukur pada rangking.. Tak perlu laa nak tabik hormat sangat kat mereka2 top blogger nihh... Termasuk laa aku nihh.. Apa yang perlu, kita sokong sesama kita... Lebih baik kita tabik hormat pada blog yang mempunyai entri2 yang berkualiti.. Tak payah nak tengok sape top.. Sape tak top.. 
Sekarang korang sedar atau tidak, Aku dah jarang on9 dan tak berapa aktif berblog?? Dan aku akan update entri aku ikut suka hati tanpa memikirkan masa2 yang sesuai nak update.. Kenape?? Sebab aku sengaja nak bagi terkeluar dari rangking dan nak bergembira dengan rakan2 aku yang aku rasa dah semakin segan2 ngan aku konon2nya sebab aku top blogger.. PERGI JAHANAM laa ngan status top blogger tuhh.. Aku lebih pentingkan persahabatan dari jadi TOP BLOGGER yang sentiasa menjadi bahan dengkian dan bahan hentaman dari sesetengah blogger tuhh..
Kembalikan KEGEMBIRAAN aku selama nih..!! Aku dah muak dengan perkataan TOP BLOGGER..!! Apa korang ingat seronok kerr?? Aku harap, nanti korang akan rasa apa yang aku rasa kalau dok pulun mcm aku, berhempas pulas siang malam nak cuba duduk dalam rangking top blogger, pastu korang tahu laa nasib korang bila ada penghasut dan pendengki nih.. Sakit beb..!! Tak pe.. Tak pe.. kepada yang Busuk hati kat aku tuhh, Jangan risau... Bulan depan aku akan hilang dari rangking tuu ok.. Ambik laa kat kau tempat aku tuhh.. kau duduk laa puas2 dan tengok plak apa kau rasa.. Tapi tak tau lahh kot2 kau memang jenis yang bongkak dan nak duduk kat situ... Kih kih kih..

Sekian coretan panjang aku.. Luahan perasaan nih beb..!!

P/S : Niat aku nak tukar hosting.. tapi tungguu... aku dah capai cita2 aku duduk dia top rangking... Rasanya ini lah masanya aku nak tukar hosting nih.. lalalalallaa.. ada sape2 nak promot kat aku?? huhu..

KALAU SUKA ENTRI AKU, JOM JOIN FAN PAGE FB AKU

TAGS : AKU MALAS NAK BUAT TAGS2 KALI INI OK..!!