BLOGGER POPULAR VS ARTIS POPULAR | apa beza hah??

Posted in 30 November, 2011
by wan_cikgumuzik

Blogger popular ngan artis popular apa bezanya?? Sama kerr?? Aku ada pendapat aku sendiri dan aku yakin korang ada pendapat korang sendiri kan?? So, tak salah kan aku nk kemukakan pendapat aku nih.. Kalau ada pendapat yang lain dari pendapat aku, sila lerr berpidato ngan aku yer.. Hiihihhii... Dalam bahasa blogger nih artis disebut retissss... Hahahaa... kan kan kan.. Ok lah.. Aku nak mula bercerita nihh.. dan kita tgk apa perbezaan blogger popular ngan artis popular nihh..
Ok.. Pada pendapat aku, blogger popular ngan artis popular nih, sama jerr.. Kenape aku kata sama?? Ok... Aku akan kupas sedikit demi sedikit supaya korang dapat paham persamaannya tuhh... 


ARTIS POPULAR
Muka lawa / hansome
Pengiklanan berkesan
Orang selalu sebut dan promot
Muka Selalu keluar kat tv
FB fan page ramai orang like
Pandai berlakon


BLOGGER POPULAR
Muka lawa / hansome
Pengiklanan berkesan
Orang selalu sebut dan promot
Muka Selalu keluar kat FB
FB fan page ramai orang like
Pandai berlakon


Sama jerr kan?? Lebey kurang laa... Ok ok.. aku kupas sedikit pasal point2 kat atas tuhh yerr.. 


Muka Lawa Atau Hansome
Yang nih memang sangat terbukti kan?? Mana2 artis yang lawa dan hansome, pasti akan cepat popular kan?? Mcm tuu laa jugak dunia blog nihh.. Blog tah apa2 tah, tapi muka blogger tuhh lawa atau hansome, ramai jerr follower dia kan?? 


Pengiklanan Berkesan
Kalau retiss tuu rata2 majalah atau paper ada jerr iklan muka depa kan? Sama laa ngan blogger pon.. Selalu jerr nk iklan blog dia kat FB kan?? tak pon iklan kat blog2 yg ramai pengunjung... Lebey kurang sama lerr kan dengan perkataan iklan tuhh..


Orang Selalu Sebut dan Promot
Bayangkan kalau ada sorang artis nih, korang mesti selalu nak borak2 pasal artis tuu kan?? Ada jerr ceritanya samada cerita panas atau cerita sejuk.. Mesti ada jerr nak berbual kan??? Dalam dok berbual tuh, promot plak kat dalam FB.. Sama laa kan retiss ngan blogger kan??


Muka selalu keluar kat FB atau TV
Yerr lahh... Kalau dah start popular, mula lahh muka selalu kuar kat tv.. mcm tu laa jugak ngan blogger.. Muka selalu jerr kuar kat Fb.. Update status sampai 10 kali sehari.. Popular laa katakan... Pastu ramai jerr yg like kan.. Lebey kurang laa kan medium penyebaran populariti tuhh,..


FB fan page ramai orang like
Yang nih memang laa dah terbukti kan... Sape yg glemer, Fb fanpage tuhh mesti ramai yg like... Sama jugak kan situasi nih kan? Arits popular atau blogger popular, ramai jerr yg like kan walaupon tak best mana pon hakikatnya like fb tuuhh.. hihihihi..


Pandai Berlakon
Yang nihh aku nk kupas bagi panjang sket.. Haaa... Korang perasan tak, blogger dan artis nih lebey kurang sama jerr kan.. So, artis yang pandai belakon, kompom laa cepat popular.. Diaorg berlakon dalam pelbagai watak.. Macam tuu laa jugak ngan blogger.. Kalau nk cepat popular, kena laa pandai berlakon jugak... Haaa.. Mcm mana yg nak kata blogger kena pandai berlakon?? TUNGGU ENTRI AKU YANG AKAN DATANG...!! Hihihihiii... Aku akan ajar korang mcm mana nk cepat popular mcm retissss tuhh.. kikikkikiki...



JOM LIKE FB FAN PAGE AKU YG TAK POPULAR NIHH