PENGIKLANAN BERBAYAR DI BLOG | CARA-CARA DAN TIPS

Posted in 12 December, 2011
by wan_cikgumuzik

Tiba2 plak kan aku nak buat entri pasal iklan nih.. Aku bukannya apa.. Terfikir nak buat entri nih untuk kebaikan para blogger jugak memandangkan ada seorang blogger yang dok tanya aku melalui ruangan komen pada entri aku.. Ok ok.. Aku akan terangkan serba sedikit apa yang patut semua blogger tahu tentang PENGIKLANAN BERBAYAR kat blog.. Tahniah aku ucapkan kepada seorang blogger yang bernama CIKGU AYOB kerana mencetuskan idea untuk aku menulis mengenai pengiklanan berbayar kat blog nihh.. Kalau sebut pasal iklan, kompom semua fikir pasal duit kan?? Semua fikir pasal pendapatan yang lumayan kan?? Mesti laa beb.. Ada masyukkk..!! Ok2... Kita terus ke soalan pertama yang CIKGU AYOB tanya aku


Perkara pertama mengenai status glittaris pada account NUFFNANG yang cikgu ayob tanya kan?? Mesti ramai yang curiga dan takot kan nak buat pengiklanan berbayar nihh takot ilang status glitaris Nuffnang kan?? Ok jawapannya status glittari tuu kekal berdasarkan pengalaman aku selama aku memasang tapak iklan berbayar dan memasang iklan daripada pelanggan2 aku.. Diulang ok.. STATUS GLITARIS PADA NUFFNANG tak akan ditarik balik ok.. Itu pengalaman yang aku lalui sendiri yerr...


Beliau mintak tips pulak dahhh... Hehehhehe.. Ok2 aku akan syer sket ngan korang yerr tips2 yang aku guna time aku mula2 buat tapak iklan nih... Senang jerr caranya...


KEKUATAN TRAFIC
Pastikan trafic korang boleh mencecah 1,000 hingga 2,000 UV sehari.. Baru laa boleh cuba2 nak pasang tapak iklan berbayar tuhh... Pelanggan pon akan konfiden nak beriklan kat blog kita kan?? Kalau trafic setakat 400 hingga 500 UV sehari pon boleh pasang iklan berbayar tuhh.. Cuma korang kena laa charge murah2 sket kat pelanggan korang kan??


BUAT SATU PAGE/ENTRI MENERANGKAN HARGA IKLAN DAN KEKUATAN BLOG
Yang nih sangat penting.. Bila korang dah konfiden ngan trafic korang dan boleh menten 1,000 hingga 2,000 UV sehari. Cara2 nak buat page tentang harga iklan, sila KLIK SINI untuk rujukan. Tawaran harga iklan juga sangat penting bagi memastikan pelanggan berminat nak pasang iklan... Disamping menceritakan kekuatan trafic kat blog korang...


HARGA IKLAN TAK MELAMPAU
Ok.. Harga iklan akan berbeza2 kalau dilihat pada mana2 blog.. Kepada yang pakai hosting dan domain sendiri, pasti kena letak harga yang tinggi demi menampung bayaran untuk bandwidth yang sentiasa akan habis bila blog korang dah power sangat ngan trafic kan.. Mcm blog aku yg pakai blogspot tuu, letak rendah2 dah laa sbb aku tak payah nak bayar apa2 perkhidmatan pada blog aku nih.. Cukup laa pandapatan sekadar nak bayar bil internet aku kan..


BUAT PROMOSI DARI BLOG KE BLOG BAHAWA ADA PENGIKLANAN BERBAYAR DI BLOG KORANG
Yang nih sesuai utk kaki2 blogwalking.. Korang cuba blogwalking ke blog2 perniagaan.. Search jerr kat google blog2 perniagaan nihh dan cuba berhubung ngan owner blog perniagaan tuhh dan promot laa blog korang sampai owner blog perniagaan tuu berminat nak pasang iklan kat blog korang... Yang nih pandai2 laa korang nak  mengayat.. Dah kata nak meniaga kan?? Hehehehhee...


BUAT TAPAK IKLAN DI BLOG PADA TEMPAT YANG SESUAI
Kat blog korang ada banyak ruang kan?? Seperti contoh kat blog aku, aku meletakkan tapak iklan berbayar nihh pada 4 lokasi dengan harga2 berbeza.. Itu mungkin dapat menarik minat peniaga2 nak iklankan blog mereka pada tapak iklan tuhh sebab terdapat pilihan harga dan pilihan lokasi yang dirasakan sesuai dengan harga yang disediakan... Cuba creat gambar tapak iklan sendiri mengikut kreativiti tersendiri.. seperti kat blog aku nihh... Buat bagi pembaca blog atau pengiklan nampak lokasi iklan berbayar pada blog korang.. Janagan asyik nk copy gambar tuu kat blog org jerr ok.. 


Yaaa.. cukup kot tips yang kat atas tuhh.. Korang dh boleh jadi pengiklan berjaya dah tuhh.. Hehehehehe.. Bagi aku, apa yang penting, TRAFIC BLOG KORANG.. Mcm kat blog aku, kebelakangan nihh trafic kat blog aku Agak kurang memuaskan sbb aku tak berapa aktif berblog dan dengan itu, aku tak mintak pon bayaran utk tapak iklan tuh.. Kita sebagai manusia, kena ada timbang rasa laa sket kan.. Takkan trafic down pon nk mintak jugak duit sewa kan... Nanti bila trafic dh power balik, baru laa mintak bayaran semula kann??


Setakat ini sahaja entri kali nih.. Sape2 yg ada persoalan, sila tanya kat ruangan komen.. TQ sebab baca sampai abis.. Ngeeee... :P


JOM LIKE FB FAN PAGE AKU KALAU SUDI..


TAGS : IKLAN BERBAYAR, TAPAK IKLAN BERBAYAR, TIPS PENGIKLANAN BERBAYAR, TIPS BERIKLAN DI BLOG, TIPS PASANG IKLAN BERBAYAR DI BLOG, PENGIKLANAN BERBAYAR DI BLOG, CARA-CARA PASANG IKLAN DI BLOG, CARA NAK PASANG IKLAN DI BLOG,