BORANG PERMOHONAN SARA 1 MALAYSIA | SYARAT KELAYAKAN

Posted in 30 January, 2012
by wan_cikgumuzik

BORANG PERMOHONAN SARA 1 MALAYSIA | SYARAT KELAYAKAN adalah skim khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia melalui kementerian kewangan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur di samping untuk membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa. Para pemohon yang layak boleh mendapatkan borang permohonan SARA 1MALAYSIA ini di Maybank, RHB Bank, BSN dan CIMB.

Melalui skim ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan boleh memohon pinjaman daripada institusi kewangan terlibat berjumlah RM5000.00 untuk melabur di dalam Amanah Saham 1Malaysia. Skim ditadbir oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan kerjasama insitusi kewangan yang terlibat. Pembiayaan berjumlah RM500 juta ditawarkan kepada 100,000 isi rumah 


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMOHON

  • Warganegara Malaysia berumur 18 - 58 tahun;
  • Pemohon mempunyai jumlah pendapatan bulanan kasar isi rumah antara RM 500- RM 3,000;
  • Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman;
  • Pemohon dan/atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain kerajaan yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) iaitu Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) ASB sejahtera dan ASW2020- bandar;
  • Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB atau ; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul adalah bersamaan aau kurang dari RM 10,000;
  • Hanya seorang isi rumah yang layak memperolehi pinjaman; dan
  • Kelulusan permohonan juga adalah tertakluk kepada syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh institusi kewangan terlibat.
Permohonan SARA 1MALAYSIA ini akan dibuka bermula 30 JAN 2012.

JOM LIKE FB FANPAGE AKU JOM...!!


TAGS : DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN SARA 1 MALAYSIA, BORANG PINJAMAN RM5,000 SARA SATU MALAYSIA, SKIM PINJAMAN SARA 1 MALAYSIA, BORANG SKIM SARA 1 MALAYSIA, BORANG PINJAMAN SARA 1 MALAYSIA, SYARAT PERMOHONAN SKIM SARA 1 MALAYSIA, SYARAT PERMOHONAN RM 5000 SARA 1 MALAYSIA, BORANG PERMOHONAN SARA 1 MALAYSIA ONLINE,