COPYCAT ENTRI BERITA TAK BERJAYA UNTUK SEO

Posted in 11 January, 2012
by wan_cikgumuzik

Aku tahu mesti ada blog2 yang suka sangat COPYCAT entri2 berita nih kann.. Hehehhehe... Semlm aku cuba jugak buat kerja2 copycat entri berita nih.. Ada jugak yang aku ubah sikit tajuk dan ada jugak yg aku tak ubah langsung... Sengaja aku buat mcm tuu.. Aku cuba buat pelbagai teknik2 SEO yang pernah aku pelajari selama nih. Apa yang pasti aku menemui kegagalan dalam permainan SEO untuk menentang blog2 yang berniche di mana sememangnya mereka dh di cop oleh google bahawasanya blog mereka tuhh memang blog berita.. Yer lah kan.. Blog aku nihh personal blog kan.. Tak berniche mcm blog2 mereka tuhh.. Sebab tuu laa aku gagal bersaing untuk pertandingan keyword di google tuhh.. 
Aku tak sedih dengan kegagalan yang aku alami kerana aku tahu kemampuan blog aku skang... Sebenarnya maybe aku perlukan dua minggu atau sebulan untuk menempatkan diri aku sebagai blog berita nih.. mungkin mengambil sedikit masa untuk aku teruskan usaha sebagai blog berita.. Aku juga dapat tengok hasil kejayaan HARRAZDANI dan MAN KETA di mana dahulu blog mereka ialah personal blog dan beralih kepada blog berita.. Sememangnya mengambil sedikit masa untuk berjaya menyaingi blog2 yang berniche.. Namun sekarang mereka dah pon berjaya memikat hati google di mana blog mereka dh berjaya mendapat trafic dari encik google..
So apa yang pasti, teknik copycat sememangnya tak akan berjaya untuk permainan SEO nih kecuali korang edit semula entri yang dicopy dan tukar atau oter tajuk entri yang korang copy tuhh... Maybe tajuk entri korang akan berada jugak di muka hadapan google tuhh.. Insyaallahh... Apa yg pasti, korang harus mencuba... Aku dh test dan tgk hasilnya.. Agak kurang memberangsangkan laa hasil yg aku dapat... Maybe aku baru try sehari kan.. Klu aku try sebulan, maybe entri aku pon akan mendapat tempat di google..
Dan satu lagi, keberkesanan permainan SEO jugak bergantung jugak kepada kekuatan trafic.. Rasanya trafic yang kuat dan power akan menempatkan jugak entri korang di muka hadapan google.. Aku dapat rasa time buat segmen SEO baru2 nih.. Nampak sangat entri aku kurang berjaya berada di tangga no 1. Berbeza dengan satu masa dulu time blog aku mendapat trafic yang begitu banyak.. Kesimpulannya, Kalau trafic korang hampeh, bermakna nak duduk kat front page google tuhh payah sket laa klu keyword yg korang buat tuhh banyak blogger guna kan.. Apa2 pun kepada korang yg berminat nak main2 ngan SEO tuh, kena laa berusaha bg trafic blog kaw2 dulu.. Baru laa ada tempat di google tuhh... 


sekian entri aku kali nih.. maaf sbb panjang sket.. sebenarnya panjang lg aku nk cite.. kang korang jemu plak baca banyak2 kan.. tata...


JOM LIKE FB FAN PAGE AKU...