DAFTAR UNDI PADA USIA 20 TAHUN

Posted in 25 January, 2012
by wan_cikgumuzik

DAFTAR UNDI PADA USIA 20 TAHUN Jawatankuasa Penyelaras Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tanjung Mas sokong cadangan pendaftaran pengundi baru bermula usia 20 tahun.

Pengarah Penyelaras Dun berkenaan, Datuk Wan Abdul Ghani Wan Yusoff berkata, cadangan itu sebagai perubahan besar senario politik tanah air.


“Golongan muda boleh mengundi sebaik berusia 21 tahun dan beri peluang mereka memilih parti yang dikira layak mentadbir negara.


“Selama ini mereka terpaksa menunggu usia 21 tahun untuk layak menjadi pengundi, malah mereka tidak terus menjadi pengundi kerana menunggu enam bulan sebelum nama mereka diwartakan dalam senarai pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya.

Sistem itu katanya, merugikan kerana golongan muda ramai yang hanya menjadi ‘penonton’. Beliau mengulas cadangan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang sedang diteliti Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC).
"Dengan terlaksana cadangan itu, ia perubahan positif sistem mengundi dan memilih bagi rakyat negara ini khususnya, golongan muda,” katanya.
JOM LIKE FB FANPAGE AKU JOM..


TAGS : DAFTAR MENGUNDI, PENDAFTARAN MENGUNDI, DAFTAR PEMILIH, MENDAFTAR PEMILIH SPR, PENDAFTARAN PEMILIH ON LINE, DAFTAR MENGUNDI PADA USIA 20 TAHUN, DAFTAR PEMILIH UMUR 20 TAHUN,