GAJI SBPA DIBAYAR BULAN FEBRUARI 2012

Posted in 09 January, 2012
by wan_cikgumuzik


GAJI SBPA 2012 MULA DIBAYAR MULAI FEBRUARI 2012??? | Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Januari ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM). Hmm…mula dibayar? Tu yang pelik tu. Bukan ke sepatutnya gaji tertunda sebab tarikh penghantaran borang tetap 31 Disember 2011? So kenapa tiba-tiba bayaran dilanjutkan dengan alasan kes lanjutan opsyen?
Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dibayar pada 31 Januari ini.
“Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Januari 2012 berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Disember 2011 kepada 15 Januari 2012,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, pembayaran gaji bulanan di bawah SBPA akan dibuat seperti biasa mengikut jadual mulai Februari. Tapi rasanya pasti ramai yang tak berpuas hati dengan permainan kotor macam nie sebab rasanya semua Penjawat Awam telah serahkan borang sebelum tarikh 31 Disember lagi. Hmm….kene guna ayat “Saya Yang Menurut Perintah” la jawabnya.

SUMBER : ABGTEROR
LIKE FB FANPAGE AKU JOMMMMM,.,,,


TAGS : GAJI SBPA, SBPA DIBAYAR BULAN FEBRUARI, SBPA DIBAYAR FEBRUARI, GAJI SBPA DIBAYAR PADA BULAN FEBRUARI, PEMBAYARAN GAJI SBPA, BAYARAN GAJI SBPA, BAYARAN GAJI SBPA BULAN FEBRUARI 2012, SBPA FEBRUARI 2012,