PUNCA BLOG KORANG TAK RAMAI PEMBACA | TIPS BLOGGING

Posted in 12 January, 2012
by wan_cikgumuzik

Sebenarnya banyak punca yang menyebabkan blog korang tak ramai pembaca.. Aku ada pendapat aku sendiri dan aku bercerita berdasarkan pengalaman aku sendiri... Tiada kaitan ngan sape2 dan mana2 blog ok.. 


Korang pernah tak cari punca blog korang tak ramai pembaca?? Kenape eek?? Bagi aku la kan, Perkara yang pertama ialah cara penulisan di mana cara hejaan korang dalam penulisan sangat susah dibaca dan sangat gedik ataupon hejaan2 short form yang terkini.. orang akan baca.. Tetapi maybe setakat 2-3 baris ayat jerr.. Pastu pembaca dh meluat nk fikir panjang2 nk heja tulisan yang entah apa2 tah bagai nampak gedik tuhh..
Kadang2 blog yang meriah dengan pelbagai gadget atau widget jugak menjadi punca pembaca semak otak dan tak akan membaca di blog korang.. tambah2 kalau ada daun atau salji bertaburan di blog korang.. Lagi laa semak nak baca kan?? So, apa yg penting, pastikan mata tak terganggu bila nk membaca.. keselesaan mata pembaca harus diutamakan.. buang salji atau daun yang berguguran tuu yerr... tak ada faedah pon letak benda tuhh.. SEMAK MATA MEMANDANG ok.. Tak hapening pon bubuh benda tuh..
Korang maybe tak blogwalking melawat ke blog2 orang lain.. Yang tuu pon antara punca blog korang tak ramai yang datang.. BW laa sikit kan.. sekurang2nya membantu mempromosikan sedikit blog korang tuhh Kat blog org lain.. Aku tak persoalkan ttg shoutbox.. Tak kisah laa BW melalui ruangan komen atau shoutbox.. Yang penting tunjukkan yg korang pergi membaca di blog orang.. Jangan asik nak harapkan org jerr yg nak mai baca kat blog korang... Lepas baca, komen laa sikit.. Insyaallah sekurang2nya tuan blog tuu akan datang baca balik entri korang...
Last sekali, jenis tulisan dan size jugak memainkan peranan penting dalam memikat hati pembaca.. Bayangkan kalau blog korang tulisan dia kecik2 jerr.. Nak baca pon kena pakai kanta, kompom2 org tak nak baca kan?? Di tambah plak ngan jenis tulisan yg entah apa2 tah.. Siap pakai yang sambung2 plak tuhh... Cuba pakai jenis tulisan yang standart dan mudah dilihat atau mudah dibaca.. insyaalah.. Korang akan dapat pembaca punya... 


Kesimpulannya, korang kena fikir tentang kehendak pembaca2 nihh.. Anggap yang pembaca korang sangat kerek dan sentiasa tak berpuas hati ngan blog korang.. So, korang kena laa sentia cuba untuk memuaskan hati pembaca korang.. Insyaalah mesti ramai yang akan baca entri korang.. 


Sekian bebelan aku kali nih.. Babai..


JOMLIKE FB FANPAGE AKU JOM...!!