ISU TATU DI DADA ERYKAH BADU BERKALIMAH ALLAH | AKHBAR THE STAR BERLU JAWAB

Posted in 28 February, 2012
by wan_cikgumuzik

ISU TATTOO DI DADA ERYKAH BADU BERKALIMAH ALLAH | AKHBAR THE STAR BERLU JAWAB | Kisah tattoo berkalimah Allah di dada penyanyi dari USA bernama Erykah Badu kini menjadi semakin panas apabila tersebarnya gambar Erykah Badu yang mendedahkan dada dan kelihatan tatu berkalimah Allah di sisi tepi dada Erykah Badu. Kontrovesi gambar yang dikeluarkan oleh akhbar the star telah mencetuskan rasa marah umat Islam di malaysia.



KES TATU ERYKAH BADU BERKALIMAH ALLAH – THE STAR PERLU JAWAB | Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil The Star untuk memberi penjelasan berhubung penyiaran gambar seorang penyanyi wanita Amerika Syarikat yang mendedahkan bahagian atas dadanya, yang tertera tatu perkataan “Allah” dalam akhbar itu.
Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Lee Chee Leong berkata, KDN memanggil Pengarang Urusan, Ketua Pengarang Berita dan Pengarang Kanan The Star petang ini untuk memberi penjelasan mengenai tindakan akhbar itu menyiarkan gambar berkenaan dalam edisinya hari ini.
Beliau berkata, akhbar itu juga akan diberi Surat Tunjuk Sebab untuk memberi penjelasan bertulis dalam masa seminggu kepada KDN.
“Tindakan susulan akan dibuat berdasarkan kepada penjelasan yang diberikan (akhbar itu kepada KDN),” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Dalam ruangan muziknya, The Star menyiarkan gambar penyanyi “funk”, “hip-hop” dan “soul”, Erykah Badu, 40, yang menunjukkan wajah dan bahagian atas dadanya.

Sebahagian dadanya terdedah dan tertera pelbagai tatu, termasuk perkataan “Allah”, di bahagian sisi kiri dan kanan dadanya berhampiran ketiak.

Penyanyi itu, yang berasal dari Dallas, Texas, pernah memenangi anugerah Grammy dan akan membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 29 Februari ini.
Di atas adalah antara sedutan akhbar yang di ambil dari blog ABGTEROR.COM yang menceritakan isu tatu di dada erykah badu. Apa yang pastinya, kita nantikan apa kata akhbar the star berkaitan dengan isu gambar kalimah Allah pada tattoo di dada penyanyi Erykah Badu nih..


JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!


TAGS : GAMBAR ERYKAH BADU BERTATUGAMBAR TATTOO ERYKAH BADUGAMBAR DADA ERYKAH BADU BERTATTOOGAMBAR TATU KALIMAH ALLAH DI DADA ERYKAH BADUGAMBAR TATTOO DI DADA ERYKAH BADUERYKAH BADU BERTATTOO KALIMAH ALLAH DI DADA,