KES TATU KALIMAH ALLAH DI DADA ERYKAH BADU | AKHBAR THE STAR MOHON MAAF KEPADA UMAT ISLAM

Posted in 28 February, 2012
by wan_cikgumuzik

KES TATTOO KALIMAH ALLAH DI DADA ERYKAH BADU | AKHBAR THE STAR MOHON MAAF KEPADA UMAT ISLAM | Semua orang islam sudah sedia maklum dengan tersebarnya gambar tattoo berkalimah Allah yang dilukis di dada penyanyi Erykah Badu. Seperti yang korang tahu, penyebaran bermula setelah akhbar The Star telah mengeluarkan gambar tersebut dan membuatkan ramai orang islam berasa ianya penghinaan kepada agama islam.

Sememangnya kecoh lah satu malaya bila tengok gambar Erykah Badu nih kat dada akhbar the star tuu kan.. Oleh yang demikian, Pihak akhbar The Star telah memohon maaf di atas kejadian yang berlaku. Sila baca info yang aku dapat dari blog MALAYSIAKINI nihh..
Harian berbahasa Inggeris The Star hari ini memohon maaf kepada umat Islam kerana menyiarkan gambar artis Amerika Syarikat Erykah Badu yang memperlihatkan tatu kalimah Allah tertera di dadanya.

"Kami dengan ikhlas memohon maaf kepada umat Islam atas kesilapan ini," permohonan maaf yang disiarkan dalam laman webnya hari ni dipetik.

Tatu dalam bahasa Arab itu disiarkan dalam seksyen "Star2" hari ini di samping rencana satu muka penuh berhubung penghibur yang digelar "Ratu Neo-Soul" sempena konsertnya di Kuala Lumpur pada Rabu depan.

Selain dua tatu kalimah Allah, simbol lain pada dada dan lengannya yang terdedah juga memperlihatkan huruf-huruf dalam bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid.

Akhbar web PAS Harakahdaily, dengan memetik pandangan seorang pembacanya, hari ini mempersoalkan tindakan akhbar itu yang "seolah-olah menghina Islam".

Lidah rasmi parti Islam itu juga mempersoalkan kehadiran penyanyi 41 tahun itu mengadakan konsert di negara ini dan pihak berkuasa patut memantaunya.
 Haa.. itu lah info terkini yang aku dapat berkaitan dengan isu gambar Erykah Badu yang bertatu kalimah Allah di dadanya itu.. So, sama2 laa kita maafkan mereka.. Yang penting, kita ramai2 bantah kemasukan artis yang menghina islam mcm nih..



JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!


TAGS : GAMBAR ERYKAH BADU BERTATUGAMBAR TATTOO ERYKAH BADUGAMBAR DADA ERYKAH BADU BERTATTOOGAMBAR TATU KALIMAH ALLAH DI DADA ERYKAH BADUGAMBAR TATTOO DI DADA ERYKAH BADUERYKAH BADU BERTATTOO KALIMAH ALLAH DI DADA, AKHBAR THE STAR MOHON MAAF ISU TATTOO DI BADAN ERYKAH BADU, PERMOHONAN MAAF AKHBAR THE STAR ISU TATU KALUMAH ALLAH DI BADAN ERYKA BADU,