GAMBAR HIASAN |
KANGAR: Seorang pekerja am sebuah syarikat sisa pepejal di sini, Mohd Faris Ruohani, 23, ditemui mati lemas dalam sebuah terusan di Kepala 10, Simpang Empat dekat sini, hari ini.
Pegawai penyiasat Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Kangar, Inspektor Rizuana Maliki berkata, polis menerima laporan penemuan mayat itu jam 8.49 pagi.
Katanya, mangsa dipercayai menunggang motorsikal seorang diri malam tadi sebelum terbabas ke dalam terusan yang airnya sedalam satu meter itu.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk bedah siasat.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk bedah siasat.
Ruohani yang ketika itu sedang dalam perjalanan ke Simpang Empat bagi mendapatkan sumbangan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) bergegas ke lokasi penemuan motosikal itu dan menemui mayat anaknya di dasar terusan, tidak jauh daripada lokasi motosikal ditemui.
Beliau berkata, anaknya dipercayai keluar makan malam jam 9 malam tadi dan
selepas itu tidak pulang ke rumah sehingga mayatnya ditemui pagi ini. - Bernama
JOM LIKE FB FANPAGE AKU...
sedihnye..takziah buat keluarga si mangsa. Al-fatihah T_T