HARGA MINYAK RON 95 TAHUN 2012 KEKAL

Posted in 28 March, 2012
by wan_cikgumuzik

HARGA MINYAK RON 95 TAHUN 2012 KEKAL | Sekali lagi kerajaan Malaysia mengekalkan harga minyak ron 95 pada tahun 2012 nih iaitu RM 1.90 seliter. Tiada sebarang kenaikan harga walaupun berlaku kenaikan harga minya global. Harga minyak RON95 dikekalkan dan kerajaan memberi tambahan subsidi sebanyak RM0.10 seliter. 

 Pengekalan minyak RON 95 pada tahun 2012 ini adalah sesuatu yang sangat wajar kerana demi menjaga kepentingan dan perbelanjaan rakyat Malaysia. Berikut adalah petikan berita dari blog abgteror.com
RON95 KEKAL RM 1.90|Harga petrol RON95kekalRM1.90seliterwalaupun berlaku kenaikan harga bahan bakar itu di pasaran global ketika ini. Harga itu dapat dikekalkan selepas kerajaan menambah subsidi sebanyak 10 sen bagi bulan ini iaitu kepadaRM1.03seliter. 
Kali terakhir harga RON95 dikaji semulaadalah pada Disember lalu apabila harga minyak naik daripada RM1.85 seliter kepada RM1.90. Perdana Menteri berjanji Februari lalu bahawa harga RON95 yang digunakan secara meluas oleh pemilik kenderaan, akan dikekalkan untuk masa terdekat walaupun berdepan dengan kenaikan harga minyak global. 
Setakat ini, beberapa negara di rantau Asia seperti China dan Indonesia sudah menaikkan harga minyak di negara masing-masing ekoran kesukaran untuk menampung kenaikan harga bahan api itu. Pada Januari lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan, kerajaan membelanjakan kira-kira RM10 bilion setahun untuk subsidi diesel dan petrol. 
Pada tahun lalu sahaja, katanya, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM15.9 bilion untukmembiayai subsidi petrol dan dieselbagi mengurangkan beban rakyat dan ia merupakan penambahan sebanyak RM6.3 bilion berbanding tahun sebelum iaitu berjumlah RM9.6 bilion. Hmmm….betul ke nih??? Anjat kite…Berapa la harga minyak Ron 95 kalau naik yea?-SUMBER

Rasanya di pihak pembangkang berpuas hati kot bila harga minyak nih tak dinaikkan ye tak?? Maka tak ada laa isu mereka nak hantam kerajaan lepas nih kan?? Apa2 pun, terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana membantu rakyat dengan menambah subsidi sebanyak RM0.10 sen lagi bagi seliter minyak RON95 nih..


LIKE OUR FACEBOOK FANPAGE NOW..!!
    


TAGS : HARGA MINYAK RON95 TAHUN 2012, HARGA SUBSIDI MINYAK RON 95 UNTUK TAHUN 2012, HARGA TERKINI MINYAK RON 95 UNTUK TAHUN 2012, HARGA TERKINI SUBSIDI MINYAK RON95 TAHUN 2012, MINYAK RON 95 KEKAL DENGAN HARGA LAMA