KERJASAMA PAS DAN ISRAEL HARUS DIKECAM..!!

Posted in 17 March, 2012
by wan_cikgumuzik


KERJASAMA PAS DAN ISRAEL HARUS DIKECAM..!! Semalam Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kerjasama dengan bangsa Yahudi, terutama dalam bidang perniagaan adalah dibenarkan tetapi ia adalah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis.Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis, katanya dalam sesi soal jawab pada majlis makan malam bersama Pemimpin PAS anjuran Dewan Muslimat PAS Malaysia di Shah Alam, malam tadi.

Tu kata Haji Hadi PAS Bengong. Meh baca kenyataan dibawah ni pulak: 

Allah swt dengan jelas menegah umat Islam bersekongkol dengan Yahudi-Nasrani. Hatta atas dasar kerjasama yang dibenarkan sekalipun, Islam perlu berada di kedudukan yang menentukan keputusan terakhir dan lebih berkuasa seperti dalam Piagam Madinah, ujar Presiden Pertubuhan Profesional Melayu Dan Pewaris Bangsa (PROWARIS), Feriz Omar.

“Kita tidak perlu pergi jauh sehingga berniaga seperti disaran Hadi Awang, malah gabungan PAS-DAP itu pun ditegah Allah swt. Sudah terang lagi bersuluh, DAP memperjuangkan wawasan untuk menubuhkan negara sekular sepertimana termaktub dalam perlembagaan DAP dan sebagai parti yang kononnya perjuangkan Islam itu pun, PAS sudah mengengkari tuntutan Allah swt dan sanggup memperjudikan Islam demi politik.

untuk cerita penuh : SILA KLIK SINI

JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!