LYNAS | APA ITU LYNAS | APA KESAN TERHADAP BUMI | FAKTA LYNAS | Sekarang semua orang kecoh mengenai lynas dan kesannya terhadap penduduk di Pahang. Aku nak syer dengan korang lerr beberapa artikel berkaitan dengan fakta berkaitan lynas yang sedang kecoh sekarang.
Artikel ke-2Nadir bumi atau rare earth adalah logam yang diklasifikasikan sebagai strategik.China kini hampir mencapai monopoli penuh terhadap nadir bumi di peringkat global.Ironis nadir bumi, walaupun cuba dikaitkan dengan kesan radiasi, ia banyak digunakan dalam pembangunan teknologi hijau (untuk menjaga alam sekitar).Nadir bumi adalah komponen terpenting dalam pembuatan telefon pintar dan kereta elektrik (yang dijangka akan menjadi kenderaan utama pada masa hadapan).Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi Kilang Lynas di Kuantan adalah salah satu daripada dua kilang yang dibangunkan untuk memastikan China tidak memiliki monopoli penuh terhadap nadir bumi.Sebuah lagi kilang yang sama dibangunkan di gurun California berhampiran Death Valley.Faedah terbesar China selain mengeksport bahan berkenaan, ialah membawa masuk syarikat-syarikat besar dunia untuk melabur berhampiran dengan lombong bahan berkenaan di negara itu.Seperti baris ayat dalam akhbar New York Times keluaran 13 Mac lalu:Even if the West and Japan overcome the stiff challenges of winning their case at the World Trade Organization, it could still take several years before Beijing changes its policies — by which time companies in the West and Japan could have moved even more of their factories that use rare earth metals to China.Secara tidak langsung, monopoli China ke atas nadir bumi membolehkan ia menikmati pelaburan asing yang tinggi daripada pelbagai syarikat berdaya maju dunia.Malaysia juga sepatutnya akan mendapat faedah yang sama dengan pembinaan kilang Lynas. Di kala banyak syarikat gergasi beralih ke China, kilang Lynas akan membuka ruang untuk Malaysia pula meraih faedah pelaburan langsung asing yang tinggi.Kegagalan kilang Lynas di Malaysia akan merugikan negara ini dan keuntungan yang sangat banyak kepada China.Kilang di Gebeng adalah yang terbesar di dunia dan akan membantu menghasilkan satu perlima nadir bumi global. Bayangkan keuntungan dan jumlah syarikat besar dunia terutama dari Jepun yang akan melabur di Malaysia?Tindakan China mengenakan sekatan penjualan nadir bumi ke atas Jepun akibat pertikaian wilayah pada 2010 menjadi petanda jelas negara matahari terbit itu akan membawa masuk pelaburan yang tinggi ke negara ini dan tidak lagi bergantung kepada China.Sektor pembuatan dan perkilangan Jepun dan Barat berada dalam kedudukan paling tidak selesa dengan monopoli nadir bumi oleh China.Kajian IAEA atau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa dan Ahli Parlimen PAS yang juga seorang ahli sains nuklear menolak kilang Lynas merbahaya. IAEA bagaimanapun ada memberikan kenyataan agar Lynas dan kerajaan berkomunikasi dengan lebih kerap dengan anggota masyarakat dan pelan pembuangan jangka panjang bahan tapisan nadir bumi diperkenalkan.DAP didakwa banyak pihak terutama para bloggers sebagai dalang yang membantu China memastikan Malaysia tidak memiliki kilang nadir bumi. -sumber
Haaa... dah paham dah?? Di atas ialah artikel terbaru tentang LYNAS yang sedang panas dibicarakan.. Apa2 pun anda buat lah plihan... Bagi aku, apa yang PM kita cakap, sila buktikan yg kilang tersebut akan menjejaskan penduduk sekitar, dan sekiranya dah dapat bukti, projek tersebut akan dihentikan..Nadir bumi yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan thorium dan thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear. Berikut adalah kes-kes yang berkait rapat dengan thorium:
- Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah dikaitkan dengan 8 kes leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (hampir 20 tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.
- Kesan toksik dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap langkah pemprosesan nadir bumi yang bermula dari perlombongan bijih ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan bijih, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.
- Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan pemprosesan nadir bumi berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal. -sumber
LIKE OUR FACEBOOK FANPAGE NOW..!!
TAGS : ISU LYNAS, KILANG LYNAS, LOKASI KILANG LYNAS, KENAPA LYNAS BAHAYA, FAKTOR TENTANG LYNAS, CERITA TENTANG LYNAS, APA ITU LYNAS, APAKAH LYNAS, HENTIKAN LYNAS, KLIANG LYNAS DI PAHANG,
dpt ilmu tntag LYNAS... makasi ea..hehehe
SAYA BLOGGER BARU SALAM PERKENALAN ^_^
Tq.aku cuma tau pasal nadir bumi je.skang bru tau fungsinya n harap smua brjalan lncar agar negara lbih brtmbah maju.insyaAllah..