Nabi Muhammada SAW pun percayakan belia - Dato' Seri Shahidan Kassim

Posted in 27 March, 2012
by wan_cikgumuzik


Assalamualaikum dan salam satu belia. Suntikan semangat dari pemimpin yang mempunyai pengalaman besar adalah sangat penting bagi menyemarakkan semangat belia agar terus berjuang untuk menjadi tunggak kepimpinan negara yang cemerlang. Begitulah kepentingan hubungan kepimpinan teratas dengan belia yang masih setahun jagung mengenali dunia politik.

Dalam ucapan Yang Berhormat Dato, Seri Shahidan Bin Kassim, ADUN Tambun Tulang di satu majlis Sembang-Sembang Belia, Beliau memberi suntikan semangat kepada belia setempat agar sentiasa bersemangat untuk menjadi pemimpin yang berjaya dan mempunyai semangat kepimpinan yang tinggi dengan penuh keyakinan.

Yang Berhormat Adun mengambil contoh kisah Nabi Muhammad SAW yang melantik Usamah Bin Zaid yang baru berusia 18 tahun menjadi jeneral perang. Begitulah salah satu contoh 'Pemimpin' yang berkeyakinan terhadap seorang anak muda untuk mengetuai perperangan. Begitu lah semangat yang perlu ditanam ke jiwa belia-belia di Malaysia.

Dato' Seri Shahidan Bin Kassim juga menaruh harapan yang tinggi kepada belia-belia kerana Belia yang muda mempunyai semangat juang yang tinggi untuk memimpin negara. Jadi, belia-belia muda harus diberi peluang untuk menjadi pemimpin untuk memastikan negara akan lebih maju dengan adanya pemimpin-pemimpin yang muda dan bersemangat waja.

Pesan Dato' Seri kepada belia-belia juga supaya sentiasa mengingati segala kebaikan yang diterima dan bersyukur kepada Allah SWT dan janganlah menjadi insan yang kufur nikmat. Begitulah antara suntikan semangat Dato' Seri Shahidan Bin Kassim yang diberikan kepada belia-belia muda. -SUMBER

-SGBperlis_wan
JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!