Sembang Mesra Belia DUN Sanglang

Posted in 27 March, 2012
by wan_cikgumuzik

ARAU- Program sembang belia diteruskan lagi ke DUN Sanglang. Kali ini program tersebut diadakan di Gelanggang Futsal Kampung Tengah Tok Pulau dan Dihadiri oleh beberapa VIP seperti En. Jamsari Bin Jamaludin Setiausaha Akhbar Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis Dato' Seri Dr Md Isa Bin Sabu bagi mewakili Mentri besar perlis yang tidak dapat hadir dan kini berada di luar negara.
Turut hadir bersama Yang Berhormat Dato' Seri Shahidan Bin Kassim ADUN Tambun Tulang bagi menyemarakkan lagi majis sembang-sembang belia pada malam tersebut. Turut memeriahkan majlis tersebut ialah Penolong Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis En Rohairry Bin Che Ros dan juga yang berbahagia Datuk Hajah Mastika Binti Husin.


Begitu ramai sekali VIP yang hadir pada malam tersebut di mana perkara itu membuatkan 336 tetamu dan kebanyakannya belia-belia DUN Sanglang sangat berbesar hati dan teruja sekali melihat tetamu-tetamu VIP yang hadir. Belia Dun sanglang juga bergerak aktif disebabkan mendapat sokongan kuat pemimpin-pemimpin yang sentiasa ada bersama mereka. 

Antara aktiviti yang diadakan pada malam tersebut ialah pertandingan futsal, demostrasi solekan, pertandingan karaoke, cabutan bertuah dan tayangan "wayang pacak". Pada malam tersebut juga, penyerahan bola futsal dan bola sepak takraw  juga turut diadakan dan wakil belia iaitu Pengurusi Belia Bermuda MAYC Kampung Tok Pulau En Mohd Firdaus Bin Yusof telah menerima pemberian tersebut . Penyerahan tersebut diadakan sebagai tanda sokongan kerajaan kepada belia-belia setempat. -sumber

-SGBperlis_wan
JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!