SUBSIDI YURAN TASKA UNTUK SEKTOR AWAM

Posted in 26 March, 2012
by wan_cikgumuzik

JUMLAH SUBSIDI YURAN TASKA UNTUK SEKTOR AWAM 2012 | Satu lagi berita gembira kepada kaki tangan awam. Lagi subsidi akan diterima oleh mereka yang mendapat gaji bawah RM 3,000. Subsidi akan diberikan sebanyak RM 180 kepada mereka yang mempunyai anak sedang belajar di TASKA atau pusat jagaan kanak-kanak.

Dalam satu berita dipetik dan kita tengok apa kata berita tersebut...
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Heng Seai Kei berkata subsidi itu diberikan sebagai tanda prihatin kepada penjawat awam yang menghantar anak mereka ke taska di tempat kerja sektor awam. 
Beliau berkata sektor swasta juga tidak dilupakan di mana kerajaan telah memberikan insentif pengecualian cukai selama sepuluh tahun ke atas perbelanjaan pembinaan atau pembelian bangunan untuk membuka taska.
Bagi menggalakkan penubuhan taska di tempat kerja, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM200,000 kepada mana-mana kementerian atau jabatan untuk menubuhkan taska di tempat kerja. 
Sebelum ini, pada tahun 2007, kabinet telah meluluskan subsidi yuran taska sektor awam dengan peruntukan maksimum RM180 sebulan bagi setiap anak penjawat awam yang layak, iaitu yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,000 sebulan. 
Sementara itu, Heng berkata sehingga kini hanya 76 buah taska telah ditubuhkan dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, iaitu 60 taska di tempat kerja sektor awam dan 16 buah di sektor swasta. 
Pihak pengurusan sektor swasta dan awam menghadapi kekangan membuka taska di tempat kerja antaranya ketiadaan ruang yang sesuai, persekitaran tempat kerja yang tidak selamat seperti di kawasan kilang selain kesukaran mendapatkan pekerja atau pengasuh yang terlatih. -SUMBER

Jadi berterima kasih lah kepada kerajaan malaysia kerana menambah satu lagi subsidi kepada kaki tangan awam.. Banyak jugak yang jimat kalau dah mendapat subsidi sebanyak RM180 sebulan untuk yuran TASKA


SILA LIKE FB FANPAGE AKU NIH..!!
   

TAGS : JUMLAH SUBSIDI YURAN TASKA 2012, SUBSIDI YURAN TASKA 2012, SUBSIDI YURAN TASKA UNTUK KAKI TANGAN AWAM, KELAYAKAN MENDAPAT SUBSIDI TASKA 2012, GAJI LAYAK DAPAT YURAN SUBSIDI TASKA, YURAN SUBSIDI TASKA RM180 SEBULAN,