Pernah satu ketika dahulu Kementerian Belia Dan sukan pernah memberikan wang modal untuk belia-belia yang ingin memulakan perniagaan, Namun ramai peniaga-peniaga belia menemui kegagalan dalam business masing-masing. Banyak sebab terjadinya begitu dan kini wang bantuan perniagaan dari Kementerian Belia Dan Sukan Dibekukan.
Kini belia yang berbakat dalam bidang perniagaan dan tak mempunyai modal tak dapat laa bantuan seperti dahulu. Maka sekarang wang yang dibekukan sementara itu perlu dicairkan semula.. Dan bagaimana nak cairkan semula wang yang telah dibekukan tuh?? Perkara ini telah dibincang dengan Datuk Jamil Bin Salleh TKSU KBS pada satu perjumpaan di Kangar.
Datuk TKSU memberikan respon yang positif apabila seorang belia menyatakan hasrat ingin memohon bantuan perniagaan untuk belia negeri Perlis. Belia tersebut juga mengemukakan cadangan agar pemberian wang bantuan perniagaan tersebut harus ditapis dan dipantau ketat oleh pegawai belia yang ditanggungjawabkan dalam hal tersebut.
Antara syarat yang wajar diberikan kepada peniaga belia yang ingin memohon wang bantuan perniagaan ialah jenis perniagaan haruslah perniagaan francais dan hanya permohonan yang diluluskan oleh syarikat francais sahaja akan diberi wang bantuan oleh Kementerian Belia Dan Sukan. Itu antara syarat penting yang perlu dilaksanakan sebelum memohon wang bantuan perniagaan dari KBS.
Apa yang pasti, Datuk TKSU memberi cadangan kepada belia tersebut supaya membuat kertas kerja berkaitan dengan pemberian wang bantuan perniagaan untuk peniaga-peniaga francais sahaja.. Datuk TKSU juga akan membawa perkara tersebut ke kementerian untuk dibuat semakan dan kajian dan akan berusaha agar wang yang dibekukan tersebut akan dicairkan semula.. -SUMBER
-SGBperlis_wan
nak berniaga perlukan kesungguhan dan kesabaran,paling utama perlu ada modal pusingan yang mencukupi...