BERSIH 3.0 DIANJUR KERANA TOLAK 1 DARIPADA 8 TUNTUTAN

Posted in 06 April, 2012
by wan_cikgumuzik

BERSIH 3.0 DIANJUR KERANA TOLAK 1 DARIPADA 8 TUNTUTAN | Tak habis2 lagi isu BERSIH 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka nanti kan?? Kali nih aku nak bagitaw lah korang kenapa BERSIH 3.0 nih akan di anjurkan pulak.. Kah kah kah kah... Hanya kerana satu tuntutan jerr telah ditolak?? Tak rasa  sia-sia kerr buat perhimpunan tuh hanya kerana satu tuntutan jerr?

Ok sekarang aku nak review balik 8 tuntutan bersih yang depa mintak pada perhimpunan BERSIH 2.0 yang memberi kesan negatif kepada KL dulu..

  1. Membersihkan senarai undi
  2. Mereformasikan undi pos
  3. Penggunaan dakwat kekal
  4. Masa untuk berkempen selama 21 hari
  5. Akses kepada media massa yang bebas dan adil
  6. Mengukuhkan institusi SPR, badan kehakiman dan peguam Malaysia serta polis
  7. Menghentikan rasuah atau pembelian undi
  8. Menghentikan politik kotor
Haaa... Ingat tak apa yang korang mintak dulu?? Dalam 8 tuntutan tuh, hanya 1 jer tuntutan yang tak dipenuhi.. Apadia?? Tuu yang no4 tuu.. Masa berkempen selama 21 hari.. Hadoiii... Tak cukup kerr 7 hari yang orang bagi?? Tamak?? Ok dah tak cukup, orang pon bagi lah 10 hari.. Masih tak berpuas hati lagi.. Tamaknya merekaaaaa....

Korang tahu tak apa agenda pembangkang nak buat dengan masa berkempen yang begitu lama sekali?? Mungkin ada yang tak tahu tentang permainan kotor politik pembangkang tuu kan.. Ok... Sekiranya masa yang diambil terlalu lama untuk masa berkempen, maka, percaya atau tidak sejarah rusuhan mungkin berulang.

Bila masa berkempen terlalu lama, keadaan panas dalam mana2 kawasan akan terjadi sehinggakan akan berlaku sejarah rusuhan negara di mana satu masa dulu pon masa berkempen adalah 21 hari.. Kenapa masih nak ulangi sejarah hitam wahai pakatan pembangkang oii??? Ada akai tak?? So, perkara yang boleh menimbulkan kekecohan negara, korang nak anjurkan??

Mungkin ramai yang nk follow perhimpunan bersih 3.0 kali nih kerana pengurusi dia Tan Sri A Samad Said?? Korang rasa dia cukup besar dan berpengaruh lah kan?? Orang yang namanya besar dan dihormati? Haloo kawan... Takkan hanya kerana satu tuntutan yang tak dipenuhi jerr korang nak buang masa berhimpun macam tuhh?? Kesian laaa kat diri sendiri tuhh.. Jangan buang masa ok..

Berdemonstrasi rasanya bukan jalan terbaik untuk cari jalan penyelesaian.. Pembangkang hanya mahu mencetuskan kekecohan demi mengalihkan isu sebenar kegagalan mereka dalam mentadbir dan memikul amanah setelah dipilih sendiri oleh rakyat. Korang nampak tak semua tuu?? Kenape masih ada yang berdegil nak join perhimpunan BERSIH 3.0 tuhh?

Ingatlah wahai rakyat2 Malaysia.. Tak payah lah korang join BERSIH 3.0 tuhh... takkan lahh hanya kerana 1 TUNTUTAN tak dilaksana sepenuhnya korang nak berdemonstrasi?? Tak berbaloi dan buang masa kot?? Lagipun 1 tuntutan tuu pon bukannya penting pon untuk korang.. Penting untuk calon jerr.. Orang dah bagi 10 hari dari 7 hari masa berkempen cukup lah.. Bukan tak bagi langsung... 

JANGAN JADI MANUSIA YANG TAMAK HALOBA YER..!