PENGUMUMAN SBPA BATAL | SSM DITAMBAHBAIK | KEPUTUSAN 8 MAC 2012

Posted in 08 March, 2012
by wan_cikgumuzik

PENGUMUMAN SBPA BATAL | SSM DITAMBAHBAIK | KEPUTUSAN 8 MAC 2012 | Apa yang ditunggu-tunggu oleh penjawat awam berkaitan dengan pengumuman terkini berkaitan SBPA telah terjawab pada tarikh 8 mac 2012. Maka dengan itu SSM akan dilaksanakan dan ditambahbaik. Antara perkara-perkara yang terdapat pada pengumuman baru berkaitan pembatalan SBPA ini dan penambahbaikan SSM ialah seperti berikut..

Berikut adalah apa yang diumumkan oleh Dato Seri Najib Razak ketika menghadiri perhimpunan khas bersama penjawat awam di Putrajaya hari ini..


PENGUMUMAN TERBARU SBPA OLEH NAJIB
  • Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54
  • Bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus)
  • Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan
  • Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus)
  • Jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
  • Kenaikan Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Ha.. itu lah sedikit sebanyak apa yang diumumkan oleh PM kita.. Harap semua kaki tangan awam berpuas hati dengan skim SSM yang baru sahaja diumumkan.. Maka dengan itu Tunggakan SBPA dari januari lepas jugak dibatalkan lah sebab dah SBPA pon dah batall kan??


Apa-apa pun terima kasih diucapkan kepada Datuk Seri Najib Perdana menteri kita kerana telah menyelesaikan satu lagi kekusutan berkaitan SPBA yang dialami selama ini.. Dan semua kaki tangan awam, harap bergembira lah dengan SSM yang baru diumumkan tuhh..



JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!