PIAN CECUPAK PAKAI SUSUK/BOTOX | PENDEDAHAN EKSKLUSIF

Posted in 31 March, 2012
by wan_cikgumuzik

PIAN CECUPAK PAKAI SUSUK/BOTOX | PENDEDAHAN EKSKLUSIF | Bekas anggota kumpulan pelawak Cecupak, Pian akan mendedahkan pengakuannya menggunakan suntikan botox dan susuk di mukanya supaya kelihatan cantik dalam rancangan Bilik 7 terbitan ntv7 tidak lama lagi.

Menurut Pian, dia mahu berterus terang dengan tindakannya itu kepada para penonton supaya masyarakat memahami di mana secara tidak langsung ia boleh mengurangkan cemuhan yang telah dilemparkan kepadanya selama ini.
“Dalam rancangan itu nanti, saya akan menjelaskan mengapa saya menggunakan botox dan susuk pada wajah saya. Saya juga mahu berkongsi pengalaman saya itu supaya ia boleh menjadi pengajaran kepada para penonton.
“Daripada situ juga mereka boleh mengetahui luahan dan isi hati saya yang pernah melalui pengalaman tersebut,” katanya selepas pelancaran program Bilik 7 di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Bilik 7 yang diterbitkan oleh Engku Azmin Engku Zaini dan diacarakan oleh Richie Rachman itu akan disiarkan setiap Khamis pukul 9 malam mulai 5 April ini dengan menampilkan seorang selebriti pada setiap rancangan dalam 13 episodnya. –MyNewsHub
JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!