SEMAKAN ONLINE PERMOHONAN MATRIKULASI KPM SESI 2012/2013 | SEMAKAN ONLINE | Semakan online permohonan matrikulasi untuk sesi 2012 akan dibuka mulai 25 april 2012. Pelajar lepasan SPM sesi 2011 yang memohon Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia KPM sesi 2012/2013 boleh membuat semakan keputusan pengambilan pelajar baru ke Kolej Matrikulasi bagi PST dan PDT pada tarikh 25 April 2012.
Cara Semakan Permohonan Matrikulasi
Keputusan permohonan keMatrikulasi 2012boleh disemak dengan dua cara;
- Melalui lamanweb Kementerian Pelajaran MalaysiadiSemakan Tawaran Kolej Matrikulasi.(dibuka mulai 25 April 2012)
- Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888Contoh: MOE MAT 921001115263 dan hantar ke 15888
Pendaftaran Matrikulasi
Mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 28 Mei 2012 bagi kolej-kolej di Semenanjung Malaysia dan 21 Mei 2012 bagi Kolej Matrikulasi Labuan..
Surat tawaran, dokumen pendaftaran dan borang perjanjian perlu dicetak sendiri oleh pemohon dan dibawa semasa hari pendaftaran.
Pemohon yang berjaya diminta untuk menghubungi terus kolej penempatan atau melawat laman web kolej yang berkenaan untuk maklumat surat tawaran dan dokumen lain.
Rayuan Matrikulasi
Manakala mereka yang layak dan ada membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM boleh membuat rayuan mulai 25 April 2012 sehingga 13 Mei 2012. Rayuan perlu dibuat secara online di laman web yang sama di atas. Keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi dijadual akan diumumkan pada 7 Jun 2012.
Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan SPM yang cemerlang dan berjaya masuk ke matrikulasi..
LIKE OUR FACEBOOK FANPAGE NOW..!!
TAGS : SEMAKAN ONLINE KEPUTUSAN MATRIKULASI SESI 2012/2013, SEMAK ONLINE KEPUTUSAN KEMASUKAN MATRIKULASI SESI 2012, SEMAK ONLINE KEMASUKAN MATRIKULASI LEPASAN SPM 2011, SEMAK ONLINE MATRIK LEPASAN SPM 2011, SEMAKAN KEMASUKAN MATRIKULASI SESI 2012/2013,
0 comments:
Post a Comment