Sembang Belia DUN Indera Kayangan Siri 2

Posted in 25 March, 2012
by wan_cikgumuzik

KANGAR- Sembang Belia Dun Indera Kayangan telah masuk ke siri yang ke dua dan kali ini telah diadakan di Gelanggang Bola Keranjang Taman Perlis Kangar. Turut hadir bersama dalam program tersebut adalah ADUN indera kayangan Yang Berhormat Tuan Doktor Phor Choo Chor dan jugak Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis Puan Asmah Binti Hassan.

Kehadiran tetamu pada malam tersebut sangat memuaskan dan terdapat lebih 200 tetamu yang hadir. Penulis dimaklumkan Hampir 100 orang belia yang hadir adalah mereka yang layak mengundi. Kebanyakan tetamu yang hadir adalah penduduk di sekitar Taman Perlis dan hampir ke semuanya berbangsa Cina. 

Dalam program tersebut juga turut diadakan sesi penyerahan bola futsal kepada wakil belia yang hadir. Majlis penyerahan Bola futsal tersebut telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia Negeri Perlis diiringi ADUN Indera Kayangan.


Saat yang dinanti-natikan oleh belia yang hadir ialah sesi sembang mesra bersama pemimpin. Di sini wakil belia meluahkan pelbagai hasrat dengan mencadangkan pelbagai idea untuk kemajuan belia-belia cina di kawasan sekitar Taman Perlis. Antara idea yang diberikan ialah Memohon agar memperbaiki kerosakan pada gelanggang bola keranjang yang aktif berfungsi di mana jadual latihan bola keranjang di Taman Perlis diadakan tiga kali seminggu.

Antara luahan belia yang ditujukan kepada Puan Asmah Binti Hassan pula ialah memohon peruntukan bayaran untuk kursus asas kejurulatihan olahraga yang sering diikuti oleh belia kawasan tersebut di mana kursus tersebut dianjurkan oleh MSN Perlis. Semua cadangan dan luahan para belia akan diambil perhatian oleh ADUN dan juga Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia Negeri Perlis.



Antara aktiviti lain yang berlaku pada Program Sembang-Sembang belia DUN Indera kayangan ialah Permainan bola keranjang dan juga cabutan bertuah. Di kesempatan beramah mesra dengan belia yang hadir, ADUN Indera Kayangan turut mencuba permainan bola keranjang bagi menunjukkan sokongan beliau kepada belia-belia yang hadir. -SUMBER

-SGBperlis_wan
JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!