Sembang Mesra Belia DUN Bintong Fasa 2

Posted in 31 March, 2012
by wan_cikgumuzik

KANGAR, 30 Mac 2012- Program Sembang Belia DUN Bintong kini masuk ke fasa ke dua. Kali ini program tersebut diadakan di Taman Dato' Jaafar Kangar. Program tersebut dihadiri oleh Ahli Parlimen Kangar Dato' Seri Mohd Radzi Bin Tan Sri Sheikh Ahmad dan wakil Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis Encik Mohd Abd Karim Khan Bin Mansor Khan Pegawai Pembantu Strategik Jabatan Belia Negeri Perlis.
Program yang dihadiri seramai 321 tetamu tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengurusi Belia MAYC Negeri Perlis Encik Azhar Bin Hassan dan ketua-ketua pemuda cawangan berhampiran.  pelbagai aktiviti seperti pertandingan sepak takraw bulat, carrom, dart, dan kerusi berirama. 
Antara aktiviti yang menarik perhatian ialah pertandingan kerusi berirama di mana pertandingan khas untuk tetamu VIP diadakan. Sangat meriah sekali suasana ketika pertandingan yang di sertai oleh Ahli Parlimen Kangar, Wakli pengarah Jabatan Belia Perlis, Penyelaras-penyelaras DUN, Dan ketua-ketua Pemuda yang hadir.
Program Sembang Mesra Belia DUN Bintong diteruskan lagi dengan aktiviti utama iaitu sembang-sembang mesra. Kali ini Wakil Pengarah Jabatan Belia Negeri Perlis Encik Abd Karim Khan sedia mendengar rintihan dan permasalahan belia setempat. Antara yang dibincangkan ialah berkaitan dengan penubuhan persatuan belia dan pembukaan gelanggang silat.
Seterusnya upacara penyarahan bola futsal seumbangan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis yang disempurnakan oleh Encik Rozain Wakil Ketua Pemuda Bahagian Kangar diiringi wakil Pengarah Belia Dan Sukan Negeri Perlis Encik Mohd Abd Karim Khan. Penyerahan tersebut biberi kepada semua Ketua-ketua pemuda Cawangan sekitar DUN Bintong Yang Hadir. -SUMBER



JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!