Sembang Mesra Belia DUN Bintong

Posted in 20 March, 2012
by wan_cikgumuzik


KANGAR- Program sembang-sembang belia negeri perlis bersinggah pula ke DUN Bintong di mana Yang Berbahagia Datuk Jamil Bin Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha Belia Dan Sukan Malaysia telah hadir ke program tersebut. Turut menemani Datuk TKSK KBS ialah Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis Haji Abd Haris Bin Ishak dan wakil Menteri Besar Perlis Encik Rosli Mat Husin yang juga merupakan Penyelaras DUN Bintong.

Dalam ucapan Encik Rosli Mat Husin, Beliau memohon maaf kepada semua belia-belia yang hadir kerana Menteri Besar perlis Dato' Seri Dr Md Isa Sabu tidak dapat hadir ke majlis tersebut kerana urusan rasmi dan penting di Kuala Lumpur. Beliau juga mengucapkan Jutaan terima kasih kepada Datuk TKSK KBS kerana sudi bertandang ke kampung Syed Omar yang berada dalam kawasan DUN Bintong. Penyelaras DUN Bintong juga mengucapkan tahniah kepada belia DUN Bintong kerana berjaya mengadakan program yang begitu bagus sekali.

Dalam ucapan beliau juga, beliau menyatakan rasa bangga dengan belia DUN bintong dan memberikan suntikan semangat agar semua belia dapat mengikut jejak pemimpin-pemimpin besar di Perlis kerana kebanyakan daripada mereka mula menjadi pemimpin sejak berstatus belia lagi dan menjadi pemimpin belia pada satu ketika dahulu.

Antara aktiviti yang dijalankan pada program tersebut adalah seperti Pertandingan Dart, Carrom, Gusti Lengan, Dan Karaoke. Kehadiran pada program tersebut sangat membanggakan dan lebih kurang 150 orang belia hadir bagi memeriahkan program tersebut. Aktiviti Sembang-sembang bersama Datuk Jamil Bin Salleh juga merupakan salah satu agenda yang penting kepada belia-belia di situ di mana pelbagai hasrat disampaikan kepada Datuk TKSK KBS.

Kampung Syed Omar juga merupakan salah sebuah kampung yang aktif dengan aktiviti belia seperti kumpulan motor cross dan terdapat satu litar khas di kampung tersebut. Terdapat lebih kurang 30 orang belia yang memiliki motor cross sendiri terlibat dengan aktiviti sukan motor cross tersebut. Acara perlawanan motor cross juga sering diadakan di Kampung Syed Omar dan ianya merupakan salah satu aktiviti rutin belia-belia di DUN Bintong. - SUMBER

-SGBperlis_wan