SEJARAH PENUBUHAN PTPTN | BANTAH PTPTN HANYA GIMIK POLITIK | Pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng diminta menjelaskan niat mereka mahu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan sedangkan mereka antara yang bersungguh-sungguh menyokong penubuhannya pada 1997.
Beberapa pertubuhan pelajar dan bekas pelajar mempertikaikan kenyataan pemimpin pembangkang berkenaan yang tidak konsisten dengan pandangan mereka sebelumnya selain kesal kerana terus memperkudakan mahasiswa untuk kepentingan politik masing-masing.
Selain Anwar yang menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika PTPTN ditubuhkan, Kit Siang (Penasihat DAP) dan anaknya, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang pada 1997 bersetuju dengan penubuhan PTPTN malah meminta peruntukan awal RM100 juta ditingkatkan kepada RM1 bilion.
Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia, Mohd Shahar Abdullah, berkata Anwar sebenarnya mahu meruntuhkan kualiti pendidikan anak bangsa apabila meminta pelajar dari keluarga kaya membayar balik pinjaman PTPTN.
“Apabila dia membezakan anak orang kaya dan anak orang miskin, tindakan ini sebenarnya meruntuhkan kualiti pendidikan anak bangsa kerana selama ini kita tidak melihat latar belakang keluarga kerana keutamaan adalah kecemerlangan akademik.
“Apa yang dilakukan kerajaan sekarang adalah menekankan budaya kecemerlangan kerana dengan adanya generasi berkualiti, ia mampu memberi keyakinan kepada pelabur dan masyarakat perniagaan antarabangsa,” katanya.
Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Wan Ahmad Hazman Wan Daud, berkata jelas Anwar sendiri tidak faham matlamat PTPTN yang bertujuan membantu pelajar terutama Bumiputera luar bandar menyambung pengajian.
“Pinjaman itu pula akan menjadi biasiswa jika pelajar mendapat keputusan kelas satu apabila tamat pengajian. Ini bermakna mereka mendapat pengajian percuma,” katanya.
Pemimpin pelajar UPM, Iqbal Ismat Nordin meminta mahasiswa tidak terpedaya dengan gimik politik pembangkang kerana apa yang diperoleh daripada PTPTN sebenarnya sudah meliputi yuran pengajian dan wang saku.
Di JOHOR BAHRU, Pengerusi Pergerakan Mahasiswa Sedar (SEDAR), Norhasrul Akhmal Ngadiman pula membidas tindakan sekumpulan mahasiswa menyertai demonstrasi membantah pembiayaan pendidikan oleh PTPTN yang dianggap gimik politik murahan pembangkang.
“Penubuhan PTPTN disokong gagasannya oleh Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Tanjung ketika itu dan anaknya, Guan Eng. Mereka turut mengalu-alukan rang undang-undang PTPTN untuk memperuntukkan satu tabung bagi membenarkan anak muda berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi,” katanya pada sidang media di sini, petang semalam.
– SINAR
JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!
SYER CERITA INI DI LAMAN SOSIAL.. GUNA APLIKASI DI BAWAH NIHH..
Orang yang belajar dan ada kerja hasil pinjaman ptptn nak dibatalkan pembayaran? Tu dah untuk dalam RM20 ribu. Mana adil. Orang yang tak pergi universiti kat luar tu yang tak ambil ptptn tak bagi ke RM20 ribu tu pada depa? Adil atau tak adil bayaran ptptn dimansuhkan?