Sembang Mesra Belia DUN Chuping Siri 2

Posted in 10 April, 2012
by wan_cikgumuzik


Program Sembang-sembang Belia negeri perlis bagi DUN Chuping sudah masuk siri yang ke dua. Kali ini program tersebut diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Kubang Perun. Majlis yang diadakan seba sederhana tetap memberikan manafaat kepada semua belia kampung Kubang Perun kerana kehadiran beberapa pemimpin setempat.
Antara yang hadir pada program tersebut ialah Yang Berhormat ADUN Chuping Tuan Mansor Bin Jusuh, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Padang Besar Encik Khairul Anuar Bin Ahmad dan Pengurusi Belia Sinar Bersatu Kampung Kubang Perun Encik Roslan Bin Ahmad. 
Aktiviti utama yang diadakan pada majlis tersebut ialah santai-santai sambil berborak dengan pemimpin yang hadir. Pelbagai luahan dan cadangan disampaikan kepada Yang Berhormat ADUN demi kemajuan belia setempat. 
Antara yang memenuhi ruang program tersebut ialah tugasan yang diberi kepada belia-belia yang hadir dengan mengisi borang kaji selidik Persepsi Belia Terhadap Senario Semasa Kepimpinan Negara yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan. Semua belia yang hadir memberi kerjasama dengan mengisi borang tersebut.
Program tersebut dimeriahkan lagi dengan aktiviti BBQ untuk jamuan makan malam di mana belia-belia serta penduduk Kampung Kubang perun bekerjasama menyediakan makanan kepada semua tetamu yang hadir. 
Majlis yang santai pada malam tersebut diakhiri dengan penyerahan bola futsal dan bola sepak raga kepada wakli belia Kampung Kubang perun dan disempurnakan oleh Yang Berhormat ADUN Tuan Mansor Bin Jusoh . Beliau juga menyempurnakan acara cabutan bertuah dan majlis tamat lebih kurang jam 11.30 malam.


JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!