Sembang Mesra Belia DUN Chuping

Posted in 10 April, 2012
by wan_cikgumuzik


Program Sembang-sembang Belia Negeri Perlis kini menerjah ke kawasan DUN Chuping pula. Majlis kali ini agak lain dari yang lain kerana tiada aktiviti sukan atau hiburan diadakan. Kehadiran tetamu-tetamu VIP yang begitu ramai sekali memeriahkan majlis yang aktivitinya hanya bersembang mesra dan majlis makan malam.
Walaupun program tersebut kelihatan sederhana, namun pengisian maksud sembang-sembang belia digunakan 100% oleh belia-belia sekitar DUN chuping. Sambil-sambil menikmati judah, sambil-sambil berbincang untuk meningkatkan kualiti belia di kawasan DUN Chuping. Maka objektif Sembang-sembang Belia tercapai.
Dengan kehadiran tetamu-tetamu VIP yang merupakan barisan kepimpinan yang hebat-hebat menyerikan lagi program tersebut. Antara yang hadir ialah Yang Berhormat ADUN Chuping Tuan Mansor Bin Jusoh, Exco Belia Dan Sukan Yang Berhormat Tuan Abd Jamil Bin Saad, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis Tuan Haji Abd Haris Bin Ishak dan juga beberapa tetamu VIP yang lain.
DI kesempatan yang ada, pelbagai pesanan, saranan dan juga suntikan semangat diberikan kepada belia belia yang hadir oleh barisan-barisan kepimpunan yang hadir. Dengan kehadiran belia-belia yang begitu ramai sekali, ini lah peluang terbaik kepada barisan pemimpin memberikan kata-kata semangat kepada belia-belia yang hadir.
Majlis Sembang-sembang belia diakhiri dengan acara Cabutan bertuah.

JOM LIKE FB FANPAGE BLOG INI...