Sembang Mesra Belia DUN Indera Kayangan Siri 3

Posted in 02 April, 2012
by wan_cikgumuzik

KANGAR, 31 Mac 2012 - Program Sembang-sembang Belia Negeri Perlis bagi DUN Indera Kayangan telah masuk siri yang ke tiga. Kali ini program tersebut diadakan di Kampung Bakau Kangar. Majlis tersebut dihadiri oleh ADUN Indera Kayangan Yang Berhormat Tuan Dr Phor Choo Chor dan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis Tuan Haji Abd Haris Bin Ishak.
Turut Hadir bagi menjayakan majlis tersebut ialah JKKK Kampung Bakau Encik Ismail Bin Hashim, Ketua Wanita Umno Cawangan Kampung Bakau Puan Rokiah dan Ketua Belia Setia Kawan Kampung Bakau. Dengan kerjasama Belia kampung tersebut, majlis Sembang Belia berjalan dengan lancar dan sempurna.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan karaoke, persembahan live band dan cabutan bertuah. Apa yang menarik perhatian ialah persembahan live band dimainkan sendiri oleh belia-belia Kampung Bakau yang sememangnya aktif dalam bidang seni muzik. Tak kurang juga pertandingan karaoke, hampir semua peserta sangat berbakat dalam bidang nyanyian.
Di kesempatan penduduk Kampung Bakau yang hadir, Satu penyerahan borang dan surat jemputan ke majlis Penyerahan Wang Bencana kepada mangsa ribut yang berlaku 25 Mac 2012 yang lalu turut diadakan. Penulis dimaklumkan sebanyak 43 buah rumah rosak teruk akibat ribut yang melanda. Penyerahan tersebut disempurnakan oleh Yang Berhormat ADUN Indera Kayangan.
Dalam program tersebut, Majlis penyerahan bola futsal dan jersi bola sepak sumbangan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis turut diadakan. Upacara penyerahan tersebut disempurnakan oleh Yb ADUN diiring oleh Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis di mana bola futsal dan jersi tersebut diberi kepada wakil belia Kampung Bakau.
Turut diadakan penyerahan jersi kepada Yang Berhormat ADUN Tuan Dr Phor Choo Chor tanda penghargaan Jabatan Belia Dan Sukan kepada Yang Berhormat ADUN. Penyerah tersebut disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis Tuan Haji Abd Haris Bin Ishak.
Sesi sembang belia merupakan agenda terakhir pada program tersebut. Belia-belia Kampung Bakau beramai-ramai bersemuka dengan YB ADUN dan Pengarah Belia Dan Sukan Negeri Perlis menyatakan pelbagai hasrat dan mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi hadir ke Kampung Bakau bagi memeriahkan majlis tersebut.  -SUMBER


JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!