Sembang Mesra DUN Kayang Siri 2

Posted in 17 April, 2012
by wan_cikgumuzik


Program Sembang Mesra untuk DUN Kayang masuk siri yang ke dua. Program yang diadakan di Taman Pertiwi Seriab Kangar sangat meriah dengan pelbagai permainan menarik untuk para belia yang hadir.
Turut hadir pada program tersebut ialah Yang Berhormat dato' Seri Mohd Radzi bin Tan Sri Syeikh Ahmad Ahli parlimen kangar dan Yang Berhormat Tuan Ahmad Bakri Bin Dato' Ali Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis yang juga merupakan ADUN Kayang.
Acara yang dijalankan pada malam tersebut berjalan dalam keadaan santai dan kehadiran belia sangat memuaskan walaupun hari hujan. Semua belia yang hadir melibatkan diri dalam acara permainan yang dianjurkan.
Antara permainan yang dianjurkan pada malam tersebut ialah congkak, gusti lengan, dam haji, dart, carrom, dan juga karaoke. Contoh yang baik ditunjukkan oleh belia yang hadir kerana semua belia memberi kerjasama dan komitmen sepenuhnya bagi menjayakan program tersebut.
Yang Berhormat ADUN tidak melepaskan peluang mencuba permainan dart yang pastinya menghiburkan para tetamu yang hadir.
Program sembang belia berakhir dengan acara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.


JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!