Sembang Mesra Belia DUN Santan Siri 2

Posted in 17 April, 2012
by wan_cikgumuzik


Dewan Ahmady Kampung Sena Rendang Padang Melangit menjadi lokasi ke dua bagi DUN Santan di mana rombongan Sembang Mesra Belia Negeri Perlis diadakan dengan meriah sekali. Majlis tersebut dirasmikan oleh Yang Berhormat ADUN Santan yang juga merupakan Exco Pertanian Asas Tani dan Koperasi Tuan Haji Sabri bin Ahmad.
Turut Hadir ke Majlis yang dikelolakan oleh Perstuan Belia MAYC Azamuda Kampung Padang Melangit ialah Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis Tuan Haji Haris Bin Ishak dan juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Perlis Puan Asmaiza Binti Ahmad.
Antara aktiviti yang dijalankan pada program tersebut ialah pertandingan karaoke di mana pertandingan tersebut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan oelh penduduk sekitar DUN Santan. Penulis dimaklumkan sebanyak lima Cawangan yang berada dalam DUN Santan terlibat bagi menjayakan program pada malam tersebut.
Program yang dihadiri seramai 321 orang tetamu dimeriahkan lagi dengan acara penyerahan bola jaring dan bola sepak raga sumbangan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis kepada wakil-wakil cawangan sekitar DUN Santan yang hadir.
Program berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan karaoke dan juga cabutan bertuah. -SUMBER

JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!