WANCIKGUMUZIK SIBUK SEKETIKA DAN DH LAMA TAK UPDATE BLOG

Posted in 30 May, 2012
by wan_cikgumuzik

Yeahhh..!! Tak sangka plak tetiba aku menjadi org yang sangat sibuk dek tugasan yang sememangnya sangat berat dan seronok untuk dilakukan.. Yelah.. Seronok kan bila buat keje ngan benda yang kita betul2 minat kan?? Kenapa aku sibuk sangat kebelakangan nih?? haaa... meh sini aku nk cite..

Maybe hampir 2 minggu aku tak update apa2 kat blog aku nih kan?? Yerlahh.. kerana tugasan aku di putrajaya sebagai media sangat memenatkan dan membuatkan aku tak ada masa utk jenguk blog aku.. tanggungjawab utk menjalankan tugas yg diberi lebih memberi minat kepada aku untuk menumpukan sepenuhnya kepada tugas..

Terima kasih kepada semua rakan-rakan media yang bekerjasama dan bertungkus-lumus utk memastikan semua laporan HBN 2012 dapat disampaikan kepada rakyat di mana tiada laporan palsu yang disebarkan.. Tahniah kerana kerja-kerja anda semua demi memastikan semua perkara yang berlaku di HBN 2012 dapat diikuti oleh semua rakyat malaysia..

Walaupun program HBN 2012 dikecam teruk oleh pembangkang, namun isu yang dikeluarkan hanya isu K-Pop sahaja... kehadiran lebih dua juta pengunjung menandakan rakyat Malaysia tak pandang K-pop semata2 kerana banyak lagi perkara2 yg berfaedah  dipersembahkan di HBN seperti booth2 modal insan, nasyid, berzanji, marhaban, dan khutbah jumaat khas HBN 2012. Apa2 pun, himpunan jutaan belia diiktiraf sebagai perhimpunan terbesar di asia..

Walau apa pun, aku sangat berbangga kerana aku antara salah seorang petugas yang menjayakan program HBN 2012 yang berlangsung selama lima hari nih.. Bukan perkara mudah untuk kami pihak media melaporkan sesuatu perkara sebab semua berita yang nak disampaikan haruslah tepat dan disertakan dengan bukti.. Tahniah sekali lagi aku ucapkan kepada semua pihak media yang terlibat termasuk media pembangkang walaupun banyak fitnah disebarkan.. sekian....

JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!