DATUK ISMAIL HUTSON MENINGGAL DUNIA - AL-FATIHAH

Posted in 21 July, 2012
by wan_cikgumuzik

DATUK ISMAIL HUTSON MENINGGAL DUNIA - AL-FATIHAH | Tadi baru jerr ternampak kat satu post FB member aku.. ayatnya berbunyi mcm nih, "Al-Fatihah Dato' Ismail Hutson baru pulang Kerahmatullah pada jam 01:05am tadi, semoga Roh Allahyarham dicucuri rahmat " itu sahaja maklumat terkini yang diperolehi dari rakan saya.. oleh yang demikian, post ini dinaikkan.. 


kalau ianya adalah berita benar dan soheh, jom sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau. Jutaan takziah juga diucapkan kepada keluarag arwah Dato' Ismail Hutson. Harap2 berita ini benar dan soheh sbb rakan aku ini adalah org media.. Insyaalah berita kematian ini benar...


sumber

BERITA UPDATE


PETALING JAYA: Pelakon veteran Datuk Ismail Hutson, 73, meninggal dunia pada hari pertama umat Islam berpuasa, pukul 1.13 pagi Sabtu akibat komplikasi penyakit jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya dekat sini.
Isteri kedua Allahyarham, Hafidzah Khasbullah berkata, Ismail atau nama sebenarnya Ismail Omar telah mendapat rawatan di Unit Rawatan Kritikal (CCU) pusat perubatan itu pada Selasa lalu selepas 10 hari mengalami demam panas yang teruk.
"Selepas diberi rawatan, Allahyarham telah dipindahkan ke wad biasa. Tak sangka pula dia pergi secepat ini.
"Dia tidak menunjukkan tanda-tanda sakit teruk kerana memiliki semangat yang kuat melawan penyakit jantung yang dialami sejak lima tahun lalu.
"Saya agak sedih kerana tidak dapat berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama keluarga. Bagaimanapun saya reda dengan ketentuan Allah," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini Sabtu.
Jenazah telah dibawa pulang ke rumahnya di Taman Nusa Subang Bistari, Shah Alam dan dikebumikan sebelum Zuhur di Tanah Perkuburan Kota Damansara, Seksyen 9 dekat sini.
Selain Hafidzah, Allahyarhan juga meninggalkan isteri pertamanya, Zaiton Osman dan tujuh orang anak.
Allahyarham yang juga Presiden Persatuan Artis Veteran telah menceburi bidang seni hampir 20 tahun.
Filem terakhir Allahyarham adalah pada tahun 2003 iaitu Mr Cinderella yang turut menampilkan pelakon Yusry Abdul Halim dan Erra Fazira.
Selain itu, Allahyarham juga sering membantu menjaga kebajikan artis tempatan.
Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia yang sering berusaha untuk memulihkan imej Zoo Negara yang terletak di Hulu Kelang, Kuala Lumpur.
Antara filem-filem lain yang dilakonkannya ialah Layar Lara (1997), Cinta Kita (1995), Hantu Siang (1986), Tujuh Biang Keladi (1984) dan Dayang Suhana (1978). -MSTAR 




JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!