LIVE STREAMING DEBAT LIM GUAN ENG DAN CHUA SOI LEK | 8 JULAI 2012 | SIARAN LANGSUNG

Posted in 06 July, 2012
by wan_cikgumuzik

LIVE STREAMING DEBAT LIM GUAN ENG DAN CHUA SOI LEK | 8 JULAI 2012 | SIARAN LANGSUNGDua tokoh politik  masyarakat Cina di negara ini iaitu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng telah bersedia untuk bertemu muka dalam satu debat panas dan sensasi berhubung masa depan politik kaum itu pada Sabtu petang di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur .


Debat yang dijadualkan bermula pada jam 5 petang itu akan turut disiarkan secara langsung menerusi siaran Astro AEC (301) dan akan diulang tayang pada jam 11 malam hari yang sama. Moderator debat ini ialah Ketua Pegawai Operasi Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tan Ah Chai.

Rangkaian Astro Awani (501) akan turut menyiarkan debat tersebut  SECARA LANGSUNG dalam bahasa Malaysia melalui alih bahasa. Pihak Astro telah pun mendapatkan khidmat seorang juru alih bahasa profesional untuk tugas tersebut.

LINK LIVE STREAMING DI BAWAH..!!
VVV
VV
V

Sebanyak 600 kerusi telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu Asian Strategy And Leadership Institute (Asli) dan Insap yang mana setiap parti  iaitu MCA dan DAP diberikan peruntukkan 200 kerusi. Selebihnya adalah terbuka kepada orang ramai.

Debat tersebut dijangka berlangsung selama sejam. Bagaimanapun orang awam yang ingin menyaksikan debat itu di dalam dewan mestilah terlebih dahulu mendaftar sebagai peserta seminar yang berlangsung di sebelah pagi.

Jangan lupa ramai2 kita nantikan debat antara Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek nanti yerr... ianya disiarkan secara langsung dan live streaming di internet..!!

JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!!