Bukti Sokongan Rakyat Pahang Kepada PM - Pembangkang Dah Goyang..!!

Posted in 04 November, 2012
by wan_cikgumuzik

PEKAN  – Dataran RiverFront, Pekan pada hari ini telah digegarkan dengan Karnival Astro Fiesta Mesra Belia 1 Malaysia anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama  Astro yang menampilkan barisan artis ternama tanah air. Karnival ini adalah satu usaha KBS untuk melibatkan para belia dengan aktiviti yang sihat serta dapat mengeratkan dan mengukuhkan ikatan perpaduan antara kaum majmuk yang bermastautin di Negeri Pahang.





Antara aktiviti – aktiviti yang turut berlangsung pada karnival tersebut yang menjadi tumpuan orang ramai ialah sesi sukan rakyat, booth – booth jualan yang terdiri daripada booth ASTRO, PERODUA, CELCOM dan booth – booth daripada peniaga tempatan. Penduduk disekitar kawasan Bandar Pekan juga turut berpeluang untuk menyemak status pendaftaran sebagai pemilih melalui kaunter Semakan Daftar Pemilih yang disediakan oleh UMNO Bahagian Pekan.

“ saya melihat program seumpama ini amat memberi manfaat kepada rakyat disini khususnya golongan belia kerana banyak maklumat – maklumat berkaitan belia disediakan pada program ini seperti maklumat berkenaan daftar pemilih, maklumat berkenaan peluang – peluang untuk belia setempat untuk meningkatkan taraf ekonomi dan pendidikan mereka. Ujar Ahmad Kamil, 32 yang berasal dari Pekan, Pahang. “ Diharap program – program seumpama ini akan dapat diperbanyakkan lagi di sini pada masa – masa yang akan datang.” Tambah beliau lagi.

Antara tetamu kehormat yang hadir pada program tersebut ialah Ketua UMNO Bahagian YB. Dato' Haji Ishak bin Muhamad, Exco Kerajaan Negeri Pahang merangkap Timbalan Ketua UMNO Pekan, YB. Ibrahim bin Awang Ismail, ADUN Peramu Jaya, dan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Encik Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee.

Tidak lupa juga barisan artis popular tanah air yang turut menjayakan karnival ini antaranya ialah Awie, Nash, Black, Aishah AF,  Zizi AF dan juga Bagio Damasutra. 

p/s : Mak aiii.. ramainyaa orgg kat astro fiesta mesra belia pekan pahang.. hari yg sama plak ada perhimpunan kebangkitan rakyat di negeri sembilan...!! tapi nampak gayanya org pahang tak turun ke N.Sembilan lah sbb depa masih sokong Najib.. hahahhaa.. anwar berahim kata 10K org hadir.. khabarnya Indon ngan Bangla jerr yg ramai.. kih kih kih.. Maybe geng2 PATI yg undi anwar kot??




LIKE FAN PAGE AKU KALAU SUDI....