POKOK JATI DITEBANG TANPA PENGETAHUAN JABATAN HUTAN PERLIS

Posted in 03 December, 2012
by wan_cikgumuzik

POKOK JATI DITEBANG TANPA PENGETAHUAN JABATAN HUTAN PERLIS | Pabila melihat pada tajuk artikle ini, maka pasti ramai yang mengatakan artikle ini adalah untuk menghentam jabatan kerajaan dan mengutuk kerja2 dari jabatan kerajaan. Tetapi ini lah kebebasan bersuara dari rakyat marhain yg tahu tentang cerita penebangan pokok jati oleh satu syarikat kontraktor tanpa pengetahuan jabatan hutan di Perlis.


kejadian yang berlaku 7/11/2012 yg lalu agak mengejutkan.. Tetapi masing2 mendiamkan diri sahaja.. Tataw kenapa harini tergerak plak hati nak up cerita tentang kes nih.

Dengar cite ada satu projek yang akan dibangunkan di kawasan tersebut. Kita tak payah cite lah pasal projek apa dan sapa yg keluarkan projek tersebut. Skang kita hanya nak cerita pasal penebangan pokok jati tanpa pengetahuan Jabatan Hutan Negeri Perlis.

Seperti yang kita sedia maklum, pokok2 jati yang terdapat di tepi2 jalan di negeri Perlis semuanya di bawah kawalan Jabatan Hutan Negeri Perlis. Rasanya ada prosidur yang perlu dilakukan sebelum menebang pokok2 di bawah pengawalan jabatan hutan nih. Tetapi apa yang telah dimaklumkan, jabatan hutan langsung tidak mengetahui tentang perkara ini.

Jadi, apa yang menjadi persoalan sekarang, kenapa perkara sebegini harus terjadi? Kenapa kontraktor utama yng ingin menjalankan projek tidak memaklumkan dengan jabatan hutan dahulu sebelum proses penebangan dilakukan. Sudah lah melanggar undang2 penebangan, sah2 depa buat kesalahan...

Perkara ini berlaku apabila seorang sahabat menanyakan perkara ini kepada timbalan pengarah jabatan hutan perlis dan jawapannya agak mengejutkan apabila beliau mengatakan "saya tak tahu" tentang perkara tersebut. Lalu beliau ( en Aziz, timbalan pengarah jabatan hutan perlis ) terus mengarahkan petugas2 dari jabatan hutan memantau kawasan tersebut dan mengesahkan pokok tersebut telah ditebang tanpa pengetahuan jabatan hutan.

Hruskah perkara begini terjadi?? Sedangkan perlanggaran undang2 telah berlaku di mana pesalah juga merupakan dari jabatan kerajaan jugak. Apa2 pun kita harus sedar bahawa perkara2 sebegini tidak seharusnya berlaku kerana tanggungjawab jabatan2 kerajaan supaya menjalankan tugasan dengan telus. Harus diingat, rakyat bukannya bodoh kerana segala maklumat kini hanya di hujung jari sahaja.